Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka Thailand: Ada peluang kejutkan beregu terbaik dunia, kata Muhd Haikal

-

Pemain beregu lelaki negara, Muhamad Haikal Nazri optimis beliau dan pasangan Choong Hon Jian memiliki ‘ramuan’ untuk mengejutka­n beregubere­gu terbaik dunia pada Terbuka Thailand 2024 di Bangkok, bermula 14-19 Mei ini di Stadium Nimibutr.

Turun dengan status ‘underdog’, Muhammad Haikal berkata situasi itu mungkin membantu gandingan ke-28 dunia tersebut untuk beraksi tanpa tekanan, dalam misi mencipta kejutan ke atas pasangan yang menduduki ranking lebih tinggi pada saingan Jelajah Dunia bertaraf Super 500 itu.

“Kalau ikutkan ramai juga beregu handalan yang sertai Terbuka Thailand seperti pasangan nombor tiga dunia dan pilihan utama kejohanan, Satwiksair­aj Rankireddy­Chirag Shetty dari India.

“Berdasarka­n undian, macam ada peluang (atasi beregu ranking lebih tinggi) termasuk kemungkina­n berjumpa pasangan Indonesia Muhammad Shohibul FikriBagas Maulana pada pusingan kedua. Saya bukan mahu terlampau yakin namun sebagai beregu bukan pilihan, tiada tekanan dan perlu ambil peluang ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Sekiranya mahu berjumpa Muhammad Shohidul-Bagas yang juga pilihan kedua kejohanan, Hon Jian-Muhammad Haikal perlu mengatasi cabaran pemenang gangsa kejohanan dunia dua kali, Kim Gi Jun-Kim Sa Rang dari Korea Selatan pada pusingan pembukaan.

Muhammad Shohibul-Bagas pula dijadual bertemu satu lagi wakil Malaysia, Boon Xin Yuan-Goh V Shem di pusingan pertama.

Walaupun Gi Jun-Sa Rang sudah melewati usia 30 tahun, Muhammad Haikal yang berusia 21 tahun dan Hon Jian, 24, tidak akan memandang enteng tentangan daripada pilihan keenam kejohanan tersebut dan tekad menjelmaka­n permainan sebenar mereka.

Menurut Muhamad Haikal, penyertaan­nya pada Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, baru-baru ini banyak memberi pendedahan berguna kepadanya termasuk mempelajar­i cara permainan pasangan terbaik dunia.

Pemain dari Kelantan itu berkata antara detik yang menarik perhatiann­ya adalah ketika menyaksika­n corak permainan diperagaka­n beregu kedua tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang bangkit dari ketinggala­n untuk menumpaska­n Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 18-21, 21-19, 21-12.

Keupayaan beregu China itu untuk mengatasi tekanan telah memberi mata kemenangan dan membantu China mara ke final dengan menewaskan Malaysia, 31, pada aksi separuh akhir, Sabtu lepas.

Muhammad Haikal turut bersyukur berpeluang menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan yang menamatkan kemarau lapan tahun tanpa sebarang kedudukan podium dengan merangkul gangsa pada Piala Thomas 2024 dan berharap mampu tersenarai lagi pada edisi 2026 di Horsens, Denmark. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia