Utusan Borneo (Sarawak)

West Ham United akan dapatkan enam pemain baharu musim panas ini

-

Kelab West Ham United dijangka akan mendapatka­n enam pemain baharu pada musim panas ini ketika mereka mahu memberikan pengurus baharu, Julen Lopetegui sokongan padu pada permulaan tugasnya di kelab.

Lopetegui sudah bersetuju dengan satu perjanjian untuk menjadi pengurus West Ham apabila David Moyes meninggalk­an kelab pada akhir musim ini, walaupun belum ada pengumuman rasmi dibuat sehingga selepas perlawanan terakhirny­a.

Kehadiran Lopetegui, bekas jurulatih kebangsaan Sepanyol, akan melihat West Ham meneruskan struktur kepimpinan ala Eropah, dengan pengarah teknikal, Tim Steidten diberikan kuasa tambahan untuk mengetuai perpindaha­n pemain.

Steidten tiba di kelab pada musim panas tahun lepas tetapi ada ketegangan di antara dia dan Moyes di belakang tabir, termasuk pemain sasaran perpindaha­n. Minggu lepas, Steidten diminta untuk tidak mencampuri urusan skuad utama sehingga tamat musim ini ketika memulakan proses mencari jurulatih baharu.

Dalam kerjasama dengan Lopetegui, Steidten dijangka akan mengetuai rombakan besar-besaran dalam skuad utama, dengan penyerang tengah, pemain pertahanan kanan dan sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan tengah baharu, menjadi agenda utama.

Mereka ketika ini mempunyai empat pemain pertahanan tengah senior, tetapi Angelo Ogbonna akan tamat kontrak pada akhir musim ini sementara kelab akan mendengar tawaran untuk Nayef Aguerd berikutan minat dari Arab Saudi.

Kurt Zouma dan Konstantin­os Mavropanos muncul sebagai gandingan utama di posisi tengah tetapi West Ham gagal mengelak pintu gol dari dibolosi dalam 16 perlawanan liga dan ada penerimaan bahawa benteng pertahanan berusia harus dirombak.

Kelab dikatakan berminat dengan pemain pertahanan Fulham, Tosin Adarabioyo, yang akan menjadi ejen bebas pada musim panas ini, dan kelab sebelum ini pernah menimbangk­an untuk mendapatka­n kapten Wolves, Max Kilman, yang pernah bekerja di bawah Lopetegui di Wolves sebelum ini.

West Ham dijangka akan terpaksa mendapatka­n pemain dari akademi kelab atau berdepan risiko melanggar peraturan Liga Perdana, yang menghadkan kelab maksima 17 pemain tidak berkelayak­an dalam skuad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia