Utusan Borneo (Sarawak)

120 ahli BSMM Sri Aman sertai perhimpuna­n sempena Hari Palang Merah Sedunia 2024

-

Seramai 120 ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sri Aman terlibat pada perhimpuna­n sempena Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2024 di Dewan BSMM Cabang Sri Aman di sini, Rabu lalu.

Perhimpuna­n itu melibatkan Unit Muda dan Unit Kadet dari 11 sekolah.

Hadir sama Penyelia Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman, Suggom Sadai dan Tuai Rumah Mathew Uning salah seorang kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman.

Turut hadir Pegawai Pejabat Residen Bahagian Sri Aman Fyrallina Dondon dan Pegawai Unit Tabung Darah Hospital Sri Aman Andrew Tunai.

Ini merupakan tahun kedua BSMM Cawangan Sri Aman menganjurk­an perhimpuna­n sempena Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia dan tema sambutan tahun ini ‘Saya berikan dengan penuh kegembiraa­n dan kegembiraa­n saya berikan adalah ganjaran.’

Turut diadakan majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MOU), Perkongsia­nPintarant­araFarmasi Hometown dan BSMM Cawangan Sri Aman.

Kedua-dua pihak bekerjasam­a mengambil bahagian dalam program penglibata­n komuniti dan keistimewa­an kad keahlian pintar.

Pada perhimpuna­n itu, Unit Muda dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Luke Sri Aman membuat persembaha­n cerita ‘Sejarah Henry Dunant’ dan Unit Kadet Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang melakukan demonstras­i pertolonga­n cemas.

Dalam pada itu, BSMM Cawangan Sri Aman mengucapka­n selamat menyambut Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia kepada semua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada program berbeza, BBSM Cabang Sri Aman turut mengadakan lawatan ke Hospital Sri Aman sempena Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia.

Ahli-ahli jawatankua­sa dan cawangan turut melawat wad bersalin dan menyampaik­an hamper kepada bayi dilahirkan pada 8 Mei 2024 dan turut melawat Unit Tabung Darah Sri Aman.

 ?? ?? HARI PALANG MERAH: Ahli-ahli BBSM Sri Aman pada sambutan Hari Palang Merah Sedunia di Dewan BBSM Sri Aman, Rabu lalu.
HARI PALANG MERAH: Ahli-ahli BBSM Sri Aman pada sambutan Hari Palang Merah Sedunia di Dewan BBSM Sri Aman, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia