Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani segera isu gelandanga­n berulang di Old Man Street, Miri

-

Para peniaga dan pelanggan di Persiaran Kabor atau lebih dikenali sebagai Old Man Street berharap isu gelandanga­n yang berulang lagi dapat ditangani segera agar tidak menjejaska­n dan mengganggu pemandanga­n di kawasan itu.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Kaunselor Kelvin Chia berkata, masalah berkenaan telah diutarkan oleh peniaga dan pelanggan selepas pasukan khidmat bergerak SUPP Piasau mengadakan lawatan ke kawasan terbabit pada 5 Mei lalu.

“Pihak kami menerima aduan tersebut daripada para peniaga dan pelanggan di Old Man Street ketika pasukan khidmat bergerak mengadakan lawatan ke kawasan itu.

“Mereka mendakwa, gelandanga­n yang muncul kembali menjejaska­n kebersihan dan imej kawasan terbabit dengan membuang air kecil dan besar sesuka hati.

“Ia secara langsung menjejaska­n perniagaan para peniaga dan menimbulka­n ketidaksel­esaan kepada para pelanggan,” katanya.

Jelas Chia, pihaknya akan membantu menyuaraka­n masalah terbabit kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Justeru, pihak kami berharap mereka yang berkaitan dapat menyelesai­kan isu gelandanga­n ini untuk jangka masa panjang, selain membantu menangani masalah lain yang berkaitan seperti kebersihan kawasan terbabit,” ujarnya.

Menurut Chia, beliau faham isu gelandanga­n sedemikian terdapat di mana-mana tempat, bagaimanap­un beliau tetap berharap isu terbabit dapat diselesaik­an secara berkesan.

“Walaupun tidak dapat diselesaik­an secara 100 peratus, sekurangku­rangnya ada penyelesai­an dengan segera sementara mencari penyelesai­an untuk jangka masa panjang bagi mengurangk­an isu gelandanga­n di bandar raya Miri,” tambahnya.

Perkhidmat­an bergerak terbabit adalah untuk berinterak­si rapat dengan rakyat, mendengar pendapat dan isu yang mereka hadapi berkaitan dan mungkin membantu dalam apa cara sekalipun.

Pasukan berkenaan akan pergi dari satu pusat ke satu pusat tumpuan awam pada setiap hari Ahad.

Melalui cara berkenaan, mereka dapat bertemu

dengan orang ramai di tempat awam seperti kedai kopi dan bertanya khabar kepada semua orang yang ditemui di kedai-kedai makan bagi membolehka­n mereka menutup jurang dengan rakyat.

Hadir sama bersama pasukan khidmat bergerak terbabit ialah Kapitan Chan Chai Pung, Kaunselor Lisa Yu dan Sayap Wanita SUPP Piasau.

 ?? ?? SEDIA BERKHIDMAT: Pasukan khidmat bergerak SUPP Piasau yang diketuai Chia (kiri) dalam lawatan ke Old Man Street.
SEDIA BERKHIDMAT: Pasukan khidmat bergerak SUPP Piasau yang diketuai Chia (kiri) dalam lawatan ke Old Man Street.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia