Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan digesa tangani isu babit kolam renang awam

Para perenang tempatan wajar mendapat manfaat daripada kemudahan latihan yang berpatutan dan baik

- Kelab Renang Aquanova

MIRI: Kelab renang di sini menggesa kerajaan menangani isu berkaitan kolam renang awam dengan segera supaya perenang mendapat manfaat daripada kemudahan latihan yang berpatutan dan baik.

Kelab Renang Aquanova dalam satu kenyataan semalam berkata, terdapat ramai bakat renang tempatan yang menghadapi pilihan terhad apabila melibatkan kemudahan latihan.

“Aquanova ialah kelab renang yang baru ditubuhkan di Miri dan 18 perenang muda kami menyertai pertanding­an baru-baru ini, dengan 15 daripada mereka memenangi pelbagai pingat.

“Oleh itu, adalah diharapkan kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk membaiki kemudahan itu, supaya perenang tempatan dapat memiliki kolam renang yang baik untuk meneruskan latihan mereka dan untuk membuat persediaan yang lebih baik untuk pertanding­an akan datang,” tambah kelab itu dalam kenyataan itu.

Sejumlah 18 perenang kelab mengambil bahagian dalam Kejohanan Kumpulan Umur Kebangsaan Brunei Kedua pada 27 dan 28 April dan meraih 47 emas, 42 perak, 24 gangsa sambil mencipta 23 rekod baharu.

Cordelia Wong Qiu Han, 9, memecahkan lima rekod dalam perjalanan untuk mengumpul 12 pingat emas.

Aquanova ialah kelab renang yang baru ditubuhkan di Miri dan 18 perenang muda kami menyertai pertanding­an baru-baru ini, dengan 15 daripada mereka memenangi pelbagai pingat.

Rakan sebaya, Ethan Yii Shu Hong mencipta enam rekod dan meraih 11 emas.

Tay Chee Yong, 11, dan Jacelyn Chua, 8, masingmasi­ng memecahkan tiga dan dua rekod.

Tay memungut enam emas manakala Chua menggondol empat emas.

Pemenang pingat emas lain ialah Gareth Yii Shu Hao, Rachel Sim, Antania Chan, Cassandra Wong Qian Han, Yii Jia Qi, Kaylee Tan Pei Xing, Tay An Na dan Arianne Joseph.

Tiga lagi iaitu Yii Jia Yi, Alicia Chan dan Tay An Qi turut memenangi pingat.

 ?? ?? BINA POTENSI: Para perenang daripada Kelab Renang Aquanova yang berjaya mencipta rekod dan meraih banyak pingat baru-baru ini, menuntut fasiliti renang yang lebih baik di Miri.
BINA POTENSI: Para perenang daripada Kelab Renang Aquanova yang berjaya mencipta rekod dan meraih banyak pingat baru-baru ini, menuntut fasiliti renang yang lebih baik di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia