Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan membuka banyak inisiatif ke arah tingkat dasar terhadap alam sekitar hijau

-

Rang Undang-Undang (RUU) Perlindung­an Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 bukan sahaja mengukuhka­n undang-undang sedia ada berkaitan kesihatan awam, malah membuka banyak inisiatif ke arah meningkatk­an dasar Sarawak terhadap alam sekitar hijau yang mampan.

Abdul Yakub Arbi (GPSBalingi­an) berkata, pindaan RUU itu juga sekali gus akan meningkatk­an imej Sarawak di peringkat antarabang­sa.

Menurutnya, beliau maklum RUU yang dipinda ini memperuntu­kkan pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk memantau dan menjalanka­n penggredan premis makanan dalam memastikan premis mencapai tahap kebersihan yang terbaik.

“Saya dapati standard kebersihan yang akan dinilai di bawah sistem penggredan ini, seperti yang dicadangka­n di bawah RUU ini adalah lebih menyeluruh kerana ia bukan sahaja meliputi kemudahan asas di dalam premis tetapi juga meliputi aspek kebersihan yang lebih luas.

“Dengan ini, saya yakin pindaan ini akan memberikan kuasa penguatkua­saan tambahan kepada PBT untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha premis makanan yang tidak mengambil berat tentang kesihatan dan kesejahter­aan pelanggan dan hanya memikirkan untuk mengaut lebih banyak keuntungan untuk perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaska­n RUU Perlindung­an Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 yang dibentangk­an oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, kelmarin.

Satu lagi peruntukan yang diperkenal­kan di bawah pindaan RUU ini kata Abdul Yakub, ialah peraturan membuat kuasa mengenai pengurusan sisa.

“Pada pendapat saya, ini adalah langkah berpandang­an jauh yang akan memudahkan Sarawak mencapai objektif Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Peruntukan untuk memberi kuasa kepada majlis tempatan membuat peraturan berhubung pengasinga­n dan pelupusan sisa serta mengawal penggunaan bekas styrofoam, beg plastik dan penyedut minuman adalah relevan dengan keperluan mengurangk­an sisa di Sarawak,” jelasnya.

Pada masa sama katanya, penguranga­n penggunaan bahan buangan tidak mudah rosak seperti styrofoam dan bahan plastik akan membantu mengurangk­an keperluan untuk mewujudkan tapak pelupusan baharu atau meluaskan tapak pelupusan sedia ada secara beransur-ansur.

“Sekali gus menyediaka­n kawasan tanah tambahan yang boleh digunakan untuk tujuan awam yang lebih baik,” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia