Utusan Borneo (Sarawak)

Penambahan wakil rakyat Sabah, Sarawak terus diperjuang

Kerajaan Sarawak terus perjuang tuntutan penambahan kerusi sehingga 35% wakil Sabah, Sarawak di Dewan Rakyat

- Laporan oleh Jessica Jawing Marlinda Mardzuki Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus memperjuan­gkan tuntutan penambahan kerusi sehingga 35 peratus bagi wakil Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Timbalan Menteri di Jabatan

Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) itu berkata, di bawah Laporan Jawatankus­a Antaran Kerajaan (IGC),

Bab 1, perenggan 3, jelas menyatakan hasrat penubuhan jawatankua­sa ini untuk melaksanak­an pengaturan perlembaga­an masa depan termasuk perlindung­an untuk kepentinga­n khas Sabah dan Sarawak.

Perkara tersebut katanya, juga meliputi kebebasan beragama, pendidikan, perwakilan di Parlimen, kedudukan kaum peribumi, kawalan imigresen, kewarganeg­araan dan Perlembaga­an Negeri.

“Kertas cadangan untuk menambah bilangan kerusi wakil rakyat Sarawak di Parlimen telah dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Rakan Sekutu (JKRS) pada 23 Ogos 2022 yang dipengerus­ikan oleh menteri undang-undang ketika itu.

“Susulan pertukaran kerajaan persekutua­n, Kerajaan Sarawak meneruskan tuntutan itu di bawah Jawatankua­sa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) yang baru ditubuhkan dan dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dato Dennis Ngau (GPS-Telang Usang) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sharifah Hasidah berkata, mesyuarat pertama MTPMA63 telah diadakan pada 20 Januari tahun lalu dan telah diputuskan bahawa perkara ini akan dibincangk­an dengan lebih lanjut dalam jawatankua­sa kerja yang diketuai Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Untuk makluman, Jawatankua­sa

Kerja telah bermesyuar­at sebanyak dua kali dengan kertas jawatan sekali lagi dibentangk­an dan dibincangk­an.

“Keputusan mesyuarat kemudianny­a akan dibentangk­an pada Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal akan datang yang sekali gus dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap agar tuntuan Kerajaan Sarawak ini dapat dipenuhi bagi memastikan perwakilan yang seimbang di Parlimen selaras dengan semangat dan tujuan asal penubuhan Malaysia pada 1963.

Kertas cadangan untuk menambah bilangan kerusi wakil rakyat Sarawak di Parlimen telah dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Rakan Sekutu (JKRS) pada 23 Ogos 2022 yang dipengerus­ikan oleh menteri undang-undang ketika itu.

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n)

 ?? ??
 ?? SHARIFAH HASIDAH ??
SHARIFAH HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia