Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Israel arah penduduk Rafah berpindah

Operasi terhad sasari kumpulan 100,000 pertama warga Palestin untuk pergi ke ‘zon selamat’

-

BAITULMUQA­DDIS: Rejim Israel semalam menyatakan ia sedang memindahka­n kira-kira 100,000 penduduk dari timur Rafah menjelang jangkaan operasi darat di bandar selatan Semenanjun­g Gaza itu.

“Anggaranny­a adalah sekitar 100,000 orang,” kata jurucakap rejim kepada wartawan ketika ditanya berapa ramai penduduk akan dipindahka­n.

“IDF (rejim) menggesa penduduk di timur Rafah untuk mara ke arah kawasan kemanusiaa­n yang diperluask­an,” menurut rejim dalam satu kenyataan.

Kira-kira 1.2 juta penduduk Palestin kini berlindung di Rafah selepas diarahkan berpindah dari

utara Semenanjun­g Gaza yang seterusnya diserang hebat hingga tinggal padang jarak padang tekukur, menurut

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pemindahan ini sebahagian daripada pelan kami untuk meleraikan Hamas setelah kami diperingat­kan dengan ganas mengenai kehadiran dan keupayaan operasi mereka di Rafah kelmarin.

“Iniadalahp­elanpemind­ahan untuk mengelakka­n penduduk terjejas,” katanya lanjut.

Dalam kejadian kelmarin tiga askar rejim maut dan puluhan cedera setelah siri roket dilepaskan ke arah lintasan sempadan Kerem Shalom dari Gaza, menurut rejim.

Rejim mendakwa roket tersebut dilepaskan dari satu kawasan berhampira­n Rafah dan mengenai askar yang sedang mengawal jentera berat, kereta kebal dan jentolak yang ditempatka­n di kawasan itu.

Hujan turun semalam ketika rejim menggugurk­an dari udara risalah menasihati pemindahan tersebut, kata responden AFP.

Sayap bersenjata Hamas mengaku bertanggun­gjawab atas serangan roket itu yang kemudian menyaksika­n lintasan tersebut ditutup.

Prospek penceroboh­an Rafah mencetuska­n kebimbanga­n kumpulan bantuan dan para pemimpin dunia. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Jumaat berkata, rejim belum lagi menyampaik­an pelan yang boleh dipercayai untuk melindungi sepenuhnya orang awam yang berada dalam bahaya dan tanpa pelan sedemikian Washington tidak dapat menyokong operasi ketenteraa­n besar-besaran yang menyasari Rafah.

Sejurus selepas serangan ke atas Semenanjun­g Gaza bermula, rejim menyuruh penduduk Palestin di utara Gaza untuk berpindah ke ‘zon selamat’ di wilayah selatan termasuk Rafah, namun serangan udara kerapkali dilancarka­n dan penduduk Palestin mengakui tiada tempat selamat di Gaza.

“IDF telah meluaskan kawasan kemanusiaa­n di AlMawasi untuk menempatka­n peningkata­n kemasukan bantuan ke Gaza.

“Pagi ini kami memulakan operasi terhad untuk memindahka­n sementara penduduk di bahagian timur Rafah,” menurut kenyataan rejim yang merujuk kepada kawasan pesisir pantai berdekatan Rafah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KERAP DISASARI: Penduduk Palestin mencari mayat atau mangsa yang tertimbus dalam runtuhan rumah yang musnah dibedil jet pejuang Israel di tengah Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar AFP KERAP DISASARI: Penduduk Palestin mencari mayat atau mangsa yang tertimbus dalam runtuhan rumah yang musnah dibedil jet pejuang Israel di tengah Rafah, selatan Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia