Utusan Borneo (Sarawak)

Alcaraz tarik diri daripada ATP Terbuka Itali

-

Pemain tenis nombor tiga dunia Carlos Alcaraz, kelmarin menarik diri daripada ATP Terbuka Itali minggu depan apabila dia mengalami kesakitan berterusan pada lengan kanannya, kecederaan yang mengetepik­an dia di Monte Carlo dan Barcelona.

Kecederaan berlaku beberapa minggu lagi menjelang Grand Slam kedua musim ini, Terbuka Perancis.

“Saya berasa sedikit kesakitan selepas bermain di Madrid (dia tewas di sana pada hari Rabu), sedikit ketidaksel­esaan di lengan saya,” tulis pemain Sepanyol itu di media sosial X.

“Malangnya, saya tidak akan dapat bermain di Rom. Saya perlu berehat supaya saya boleh pulih dan bermain 100 peratus tanpa kesakitan.”

Usaha Alcaraz dalam mempertaha­nkan kejuaraann­ya dan kemenangan 14 perlawanan berturut-turut di Madrid berakhir dengan kekalahan 6-4, 3-6, 2-6 kepada Andrey Rublev pada suku akhir pada pertengaha­n minggu ini.

Pada hari sebelumnya, dia telah bermain selama hampir tiga jam untuk menang tiga set ke atas naib juara tahun lalu, Jan-Lennard Struff dan merasakan kesannya ketika menentang Rublev.

“Setiap kali saya memukul pukulan depan, saya memikirkan tentang lengan bawah, sama ada saya dapat merasakann­ya atau tidak,” kata Alcaraz selepas perlawanan Rabu.

“Saya perlu bekerja keras hari ini jika saya mahu pergi ke Rom dengan perasaan yang baik, tanpa kesakitan, tanpa memikirkan tentang lengan saya namun ia akan menjadi proses yang perlahan, saya rasa. Saya perlu bersabar dengan cara itu.”

Alcaraz mendedahka­n bahawa dia telah bermain dengan “perasaan tidak senang” menjelang akhir perlawanan menentang Rublev, mengurangk­an tekanan pada lengan bawahnya.

Terbuka Perancis, satusatuny­a Grand Slam di gelanggang tanah liat, akan berlangsun­g pada 26 Mei. Alcaraz mara ke separuh akhir tahun lalu.

Juara Grand Slam dua kali itu, yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada 2022 dan Wimbledon tahun lalu, melangkah usia 21 tahun pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia