Utusan Borneo (Sarawak)

Industri pastri, bakeri bantu tingkat ekonomi

Selain itu, kemahiran dalam bidang ini juga boleh diturunkan kepada generasi baharu, kata Ting

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Oleh itu, masyarakat setempat khususnya mereka yang minat dalam bidang tersebut digalakkan mengambil bahagian menerusi program atau kursus disediakan untuk meningkatk­an kemahiran, sekali gus mengembang­kan lebih banyak peluang perniagaan untuk menjana pendapatan masing-masing.

MIRI: Mempunyai kemahiran dalam bidang pastri dan bakeri bukan sahaja dapat membantu meningkatk­an ekonomi tetapi turut dilihat sebagai satu tradisi yang boleh diturunkan kepada generasi baharu.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata, industri pastri dan bakeri memainkan peranan tersendiri dan kemahiran yang ada pada individu terbabit perlu disumbangk­an serta digabungka­n dengan idea-idea terkini agar dapat dikembangk­an.

“Oleh itu, masyarakat setempat khususnya mereka yang minat dalam bidang tersebut digalakkan mengambil bahagian menerusi program atau kursus disediakan untuk meningkatk­an kemahiran, sekali gus mengembang­kan lebih

Datuk Sebastian Ting

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

banyak peluang perniagaan untuk menjana pendapatan masing-masing.

“Pada masa sama, mereka yang mempunyai minat sama boleh berkongsi idea terkini agar dapat menghasilk­an produk pastri atau bakeri baharu,” katanya pada Kursus Asas Bakeri anjuran Sarawak Taiwan Graduates Associatio­n Miri Division, Miri Education Initiative

Society dan Miri City Women Caring Associatio­n di sini.

Kursus diadakan pada 1 dan 2 Mei lalu berlangsun­g di Riam Institue of Teknology disertai seramai 70 peserta terdiri daripada ibu tunggal dan pelajar.

Menurut Ting, kursus tersebut dikendalik­an tiga cef berpengala­man dalam bidang bakeri iaitu Profesor Madya dari Taiwan Chung Hua Unikeduduk­an

versity, Pengasas The Twin Brothers Patisserie Lee Jun Tak dan Lee Jun Wei.

“Malah, pengasas The Twin Brothers Patisserie turut memastikan bahan-bahan digunakan dalam kursus tersebut adalah segar bagi

menghasilk­an produk bakeri berkualiti,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata, menggunaka­n bahan-bahan segar tempatan juga sebagai sokongan kepada produk tempatan dan

membantu meningkatk­an sosioekono­mi tempatan.

“Mereka mendapatka­n bahan segar seperti buah mangga dan ubi di kebun sahabat mereka agar peserta turut menghasilk­an hasil memuaskan,” katanya.

 ?? ?? KURSUS: Ting (baris depan, 12 kanan) bersama penganjur dan peserta pada kursus bakeri di Miri.
KURSUS: Ting (baris depan, 12 kanan) bersama penganjur dan peserta pada kursus bakeri di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia