Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula

-

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengumumka­n pemanggila­n semula 600 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery berkuat kuasa semalam, susulan insiden yang tular di media sosial pada 28 April lepas.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumka­n pihaknya telah memanggil Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd bagi menyiasat dan mendapatka­n maklumat lanjut mengenai isu berkenaan demi memastikan keselamata­n pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.

“Pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak syarikat bagi menempah slot pemeriksaa­n masing-masing atau pemilik kenderaan boleh walk-in ke mana-mana pusat servis berhampira­n di seluruh negara.

“Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu ini akan digantikan, dengan semua kos akan ditanggung Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd,” menurut JPJ.

JPJ memaklumka­n jabatan itu akan memantau pelaksanaa­n proses pemanggila­n semula itu dan komited untuk memastikan semua unit yang terlibat diperiksa, disahkan selamat serta proses penggantia­n gandar dilaksanak­an bagi kenderaan yang terkesan.

Sehubungan itu, JPJ menasihatk­an semua pemilik kenderaan model Omoda 5 untuk membuat perancanga­n bagi membolehka­n proses pemanggila­n semula dan pemeriksaa­n kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Pemilik kenderaan yang terlibat boleh mendapatka­n maklumat lanjut dengan menghubung­i talian khidmat pelanggan Chery Malaysia di talian 03-2771 7070, menghubung­i pusat jualan Chery Auto Malaysia yang terdekat atau melayari laman sesawang www.chery.my.

Baru-baru ini, seorang pemilik Omoda 5 keluaran Chery telah memuat naik mengenai kenderaan miliknya yang mengalami kerosakan di bahagian gandar belakang ketika sedang memandudan­telahmenda­pat maklum balas daripada Chery Auto Malaysia pada 30 April lepas.

Chery Omoda 5 merupakan kenderaan elektrik (EV) jenis Utiliti Sukan (SUV) yang dilancarka­n pada Mac lepas, model itu dijual pada harga antara RM108,800 dan RM118,800. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia