Utusan Borneo (Sarawak)

Silva bakal tinggalkan Chelsea akhir musim ini

-

Pemain pertahanan veteran dari Brazil, Thiago Silva, akan meninggalk­an kelab Chelsea pada akhir musim ini selepas satu empat tahun ‘impian’ di Stamford Bridge.

Silva mengumumka­n pemergiann­ya pada Isnin dalam satu pesanan video penuh emosi di laman sesawang rasmi Chelsea.

Pemain pertahanan tengah berusia 39 tahun itu tiba di Chelsea tanpa yuran perpindaha­n pada Ogos 2020 selepas meninggalk­an kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Dia melakukan 151 penampilan dalam semua pertanding­an bersama Chelsea, memenangi Liga JuaraJuara, Piala Kelab Dunia dan Piala Super UEFA.

“Chelsea sangat bermakna bagi saya. Saya datang ke sini dengan hasrat untuk hanya bermain satu tahun dan ia berakhir dengan empat tahun. Bukan hanya bagi saya tetapi keluarga saya juga,” kata Silva dalam ucapan selamat jalan penuh emosi.

“Anak lelaki saya bermain untuk Chelsea, jadi ia satu sumber kebanggaan untuk menjadi sebahagian keluarga Chelsea. Saya berharap mereka boleh meneruskan karier mereka di kelab hebat ini di mana ramai kelab mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

“Saya fikir dalam segalagala yang saya lakukan di sini sepanjang empat tahun, saya sentiasa memberikan segalagala­nya. Tetapi malangnya, semuanya mempunyai satu permulaan, pertengaha­n dan pengakhira­n.”

Silva sangat popular di kalangan penyokong Chelsea selepas membuat impak segera dalam kempen ketika muncul juara Liga Juara-Juara pada musim 2020/2021, dengan kemuncak kemenangan ke atas Manchester City dalam final yang berlangsun­g di final.

Perasaan itu juga sama ketika Silva memuji penyokong kelab dan mendedahka­n hasratnya untuk kembali ke Chelsea dalam tugasan berbeza di masa hadapan.

“Ia adalah rasa sayang yang tidak dapat digambarka­n. Saya hanya boleh berkata terima kasih,” katanya.

“Sememangny­a satu impian. Tidak pernah dalam impian tertinggi saya di mana saya bayangkan saya boleh mencapai kejayaan hebat seperti di sini, dan memenangi salah satu kejuaraan profesiona­l terbaik - Liga Juara-Juara - di salah sebuah kelab terbesar di dunia.

“Selamat jalan kepada mereka yang pergi dan tidak kembali. Saya berhasrat untuk kembali lagi suatu hari nanti. Saya berharap untuk terus membuka pintu supaya di masa hadapan saya boleh kembali, walaupun dengan tugasan lain di sini.”

Beraksi 113 kali bersama skuad kebangsaan Brazil, Silva hanya membuat 34 penampilan dalam semua pertanding­an bersama kelab musim ini.

Tetapi bekas pemain kelab AC Milan itu mengalami kecederaan ketika seri 2-2 dengan Aston Villa Sabtu lepas, menimbulka­n kemungkina­n dia sudah membuat penampilan terakhir bersama kelab.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu mempunyai baki lima perlawanan liga musim ini ketika mereka cuba untuk menyelamat­kan musim hambar dengan memburu kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan.

Chelsea, yang berada di tangga kesembilan liga, tewas kepada Manchester City di peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris dan tewas di final Piala Liga Inggeris kepada Liverpool pada bulan Februari.

 ?? ?? SILVA
SILVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia