Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga anggota penguat kuasa undang-undang maut ditembak, lima cedera di Carolina Utara

-

Tiga anggota penguat kuasa undangunda­ng terkorban dan lima lagi cedera dalam insiden tembak menembak kelmarin ketika mereka melaksanak­an waran di sebuah rumah di negeri selatan Carolina Utara, menurut pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya seorang suspek kemudian ditemui maut di sebuah rumah selepas anggota polis membalas tembakan, kata Jabatan Polis Charlotte-Mecklenbur­g

(CMPD) menerusi media sosial, selepas ketegangan yang berlangsun­g sekitar tiga jam.

Jabatan Kehakiman mengesahka­n bahawa seorang timbalan marsyal dan dua anggota pasukan petugas terkorban dalam insiden itu.

Lima anggota lagi turut ditembak, dengan seorang daripada pasukan polis tempatan dilaporkan dalam keadaan kritikal, kata CMPD menerusi media sosial.

Johnny Jennings, ketua polis CMPD, memberitah­u wartawan bahawa anggota penguat kuasa undang-undang telah berdepan dengan tembakan ketika melaksanak­an satu waran terhadap seorang pesalah yang dikehendak­i kerana memiliki senjata api, pada kira-kira jam 1.30 petang waktu tempatan.

Pihak berkuasa membalas tembakan dan mengenai seorang, yang kemudian disahkan maut, sebelum berdepan dengan tembakan seterusnya dari dalam rumah, kata Jennings.

Beliau berkata, selepas ketegangan itu, pihak berkuasa memeriksa rumah tersebut dan menemui seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang wanita, yang telah dibawa ke balai polis sebagai “orang yang terlibat”.

Jennings menyifatka­n insiden itu sebagai satu “hari yang benar-benar tragik bagi bandar Charlotte dan profesion penguat kuasa undangunda­ng.”

Peguam Negara Merrick Garland dalam satu kenyataan berkata Jabatan Kehakiman “berdukacit­a atas kematian tiga rakan sekerja kami”.

Presiden Joe Biden telah dimaklumka­n mengenai insiden itu dan menyampaik­an ucapan takziah dan sokongan kepada komuniti, kata Rumah Putih. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia