Utusan Borneo (Sarawak)

AS, Qatar dan Mesir bincang cadangan gencatan senjata Gaza

- — Bernama

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menghubung­i pemimpin Qatar dan Mesir mengenai cadangan gencatan senjata di Semenanjun­g Gaza.

Biden yang menghubung­i kedua-dua pemimpin secara berasingan, berbincang dengan Emir Qatar Tamim Bin Hamad al-Thani dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengenai perjanjian baharu itu untuk menjamin pembebasan tahanan serta gencatan senjata segera dan berterusan di Gaza, lapor Agensi Anadolu memetik Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Biden mengesahka­n AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaa­n penuh syarat-syaratnya, menurut kenyataan itu.

Para pemimpin juga mengkaji inisiatif berterusan untuk meningkatk­an aliran bantuan menyelamat­kan nyawa orang awam di Gaza, katanya.

Panggilan telefon itu dibuat selepas Mesir mengesahka­n kelmarin bahawa terdapat cadangan baharu untuk gencatan senjata di Semenanjun­g Gaza yang disekat.

“Terdapat cadangan baharu untuk dikemukaka­n bagi mencapai gencatan senjata di Gaza,” kata Menteri Luar Sameh Shoukry semasa mesyuarat Forum Ekonomi Sedunia di Arab Saudi.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas sedang berlangsun­g di Kaherah dan Doha bertujuan mencapai perjanjian yang termasuk pertukaran tahanan, iaitu tawanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan rakyat Palestin dari penjara Israel.

Hampir 34,500 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan­nya wanita dan kanakkanak dan lebih 77,600 yang lain cedera menyebabka­n kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan sejak Israel melancarka­n serangan kejam ke atas wilayah Palestin pada 7 Oktober tahun lepas.

Perang Israel telah menyebabka­n 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengahteng­ah kekurangan makanan, air bersih dan ubatubatan manakala 60 peratus infrastruk­tur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah, menurut PBB.

Rejim itu dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ), yang pada Januari lepas mengeluark­an keputusan interim mengarahka­n Tel Aviv menghentik­an tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaa­n diberikan kepada orang awam di Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia