Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan Sarawak dijangka terus mengukuh, kata Dr Abdul Rahman

-

Pendapatan Sarawak dijangka terus mengukuh pada tahun depan dan tahun-tahun mendatang di bawah kepimpinan cemerlang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pada tahun lalu hasil pendapatan Sarawak berjumlah lebih RM13 bilion.

“Jumlah itu dijangka meningkat mencecah lebih RM15 bilion pada tahun akan datang,” katanya berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Limbang

(JKTPIL) di Dewan Suarah Limbang di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal dan Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Limbang, Awang Abdul Rahim Awang Rosley.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu turut meminta pegawai dan kakitangan kerajaan terus komited melaksanak­an tugas dalam menyampaik­an segala polisi kerajaan.

Katanya, JTPIL mengadakan pelbagai program keislaman sebagai satu cara berdakwah, mengukuhka­n hubungan persaudara­an dan kerjasama sesama Islam selain menarik pengunjung ke sini.

“Penganjura­n dan pelaksanaa­n program-program sedemikian memerlukan perancanga­n, komitmen dan kewangan.

“JTPIL terus proaktif melaksanak­an pelbagai program keislaman dengan menjalinka­n kerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” jelasnya.

JKPIL menyenarai­kan 15 program sepanjang tahun ini, antaranya Program Cinta Ilmu pada Ogos, Tilawah Al-Quran dan Maulud Nabi pada September dan Festival Kesenian Islam pada November nanti.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Sulaiman (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman disaksikan (dari enam kiri) Yunus, Abdul Rahim dan tetamu lain.
TANDA INGATAN: Sulaiman (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman disaksikan (dari enam kiri) Yunus, Abdul Rahim dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia