Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli NSJA digesa turut sama aktif dan memberi sumbangan

-

MIRI: Ahli-ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) dialu-alukan untuk turut serta secara aktif dan memberi sumbangan dari pelbagai aspek dalam bersama untuk terus membangunk­an organisasi berkenaan.

Presidenny­a Chai Chon Chin berkata, setiap kejayaan organisasi adalah hasil usaha bersama selain daripada sumbangan serta kerjasama erat yang diberikan oleh setiap ahli.

“Salah satu sumbangan yang besar daripada ahli adalah untuk hadir pada mesyuarat agung tahunan (AGM) yang kita adakan.

“Melalui mesyuarat terbabit, setiap ahli akan dibentangk­an dengan laporan tahunan yang terperinci mengenai urusan pentadbira­n dan kewangan.

“Malah, pendapat atau cadangan daripada ahli-ahli dalam mesyuarat juga penting untuk bersama membangunk­an NSJA,” ujarnya pada AGM NSJA di Hotel Dynasty di sini, pagi semalam.

Menurut Chai, sebagai presiden beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk mempertimb­angkan keadilan dalam mesyuarat berkenaan.

“Pelbagai cadangan meliputi pelbagai aspek diputuskan dalam mesyuarat termasuk perkembang­an masa depan dan cara pengendali­an organisasi.

“Saya yakin, melalui sokongan dan kerjasama yang diberikan serta erkongsia cadangan bernas, sudahpasti kita akan mendapat keputusan terbaik dalam mesyuarat ini demi kepentinga­n menyeluruh organisasi,” katanya.

Jelas Chai, walaupun tempoh jawatankua­sa adalah dua tahun sekali mengikut peraturan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia, namun AGM masih perlu dilaksanak­an.

Katanya, AGM itu menjadi platform penting untuk berkomunik­asi, memahami, dan membuat keputusan.

“Tahun ini, walaupun tiada pemilihan jawatankua­sa baharu, tetapi kita masih perlu melaporkan kepada semua ahli mengenai pencapaian dan keadaan kewangan tahun lepas.

“Saya turut melahirkan penghargaa­n kepada setiap ahli yang hadir dan diharapkan sokongan sebegini dapat terus diberikan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Rosemaria Buma, Setiausaha Clare Cinderella, Bendahari Andy Jong serta ahli jawatankua­sa yang lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Chai (duduk tiga kanan) bergambar bersama ahli NSJA yang hadir AGM di Miri, semalam.
UNTUK ALBUM: Chai (duduk tiga kanan) bergambar bersama ahli NSJA yang hadir AGM di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia