Utusan Borneo (Sarawak)

Program Duta Pelanconga­n fasa dua sasar penglibata­n penjawat awam Sarawak

-

Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) melanjutka­n Program Duta Pelanconga­n Sarawak kepada fasa kedua menerusi penyertaan daripada perkhidmat­an awam negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia susulan kejayaan program yang sama pada tahun 2020.

Dengan tema ‘Embrace and Act Tourism’ katanya, fasa kedua Program Duta Pelanconga­n Sarawak yang menyasarka­n penglibata­n 1,500 penjawat awam akan bermula dari Mei hingga Oktober tahun ini.

“Objektif kita adalah untuk menyemai semangat pemilikan dalam kalangan anggota Perkhidmat­an Awam Sarawak mengenai tarikan pelanconga­n Sarawak.

“Melalui usaha sebegini, ia bukan sahaja dapat menggalakk­an komitmen mereka untuk membantu kita mempromosi­kan negeri ini, bahkan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada majlis pelancaran Program Duta Pelanconga­n Sarawak di sini, semalam.

Abdul Karim menambah, ini juga akan menyumbang ke arah mencapai sasaran ketibaan sebanyak empat juta pelawat ke Sarawak menjelang pengunjung tahun ini.

“Kita yakin usaha melibatkan penjawat awam negeri sebagai duta pelanconga­n adalah bertepatan apatah lagi mereka mempunyai pemahaman terbaik dalam mempamerka­n keajaiban landskap Sarawak,” katanya.

Bagi menggalakk­an penyertaan penjawat awam menyertai program itu, beliau berkata mereka berpeluang menerima ganjaran menarik termasuk pakej pengalaman Taman Negara Mulu 3H2M dan Penginapan 2H1M di Hotel City terpilih.

 ?? ?? JOM SOKONG: Ting bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada majlis pelancaran Program Duta Pelanconga­n Sarawak, semalam.
JOM SOKONG: Ting bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada majlis pelancaran Program Duta Pelanconga­n Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia