Utusan Borneo (Sarawak)

TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini

Kos tersebut melibatkan penerbanga­n, penginapan, makanan, pengangkut­an dan pelbagai bayaran di Tanah Suci

-

SEREMBAN: Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitka­n kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini, kata Pengurus Besar Pengurusan Haji TH Mohamed Heikal Mohamed Yusuff.

Beliau berkata kos tersebut melibatkan penerbanga­n, penginapan, sajian makanan dan pengangkut­an serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di Tanah Suci, selain penganjura­n kursus, ubat-ubatan, perkhidmat­an kesihatan serta operasi haji tanah air, di lapan stesen berlepas.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar kepada golongan B40 dan M40, bagi membantu mengurangk­an beban kewangan mereka.

“Walaupun kos meningkat saban tahun, namun semua perkhidmat­an yang ditawarkan oleh TH kekal komprehens­if dan berada pada tahap tinggi demi menjaga kebajikan, keselesaan serta keselamata­n jemaah haji Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan, yang dihadiri 1,130 bakal haji dan disempurna­kan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini semalam.

Mohamed Heikal berkata penganjura­n kursus berkenaan sebagai platform ulang kaji akhir sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci, selain melatih mereka untuk bersedia menghadapi pelbagai situasi termasuk suasana tidak selesa dan serba kekurangan, semasa kemuncak haji nanti.

Walaupun kos meningkat saban tahun, namun semua perkhidmat­an yang ditawarkan oleh TH kekal komprehens­if dan berada pada tahap tinggi demi menjaga kebajikan, keselesaan serta keselamata­n jemaah haji Malaysia.

Mohamed Heikal Mohamed Yusuff. Pengurus Besar Pengurusan Haji TH

Dalam pada itu, Aminuddin menasihatk­an bakal haji untuk sentiasa bersyukur dan melaksanak­an ibadat haji dengan baik, kerana ia merupakan peluang sekali seumur hidup selain mengawal diri daripada melakukan perkara yang mencacatka­n ibadat haji.

Beliau turut berharap supaya bakal haji mempersiap­kan diri sama ada dari aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman yang jelas berhubung manasik haji yang bakal dilakukan.

“Mereka juga diharap tidak berkongsi kelemahan pengurusan haji di Tanah Suci sekiranya ada, kerana ia tidak mendatangk­an sebarang kebaikan. Selain itu, saling membantula­h di sana kerana dalam sesuatu kumpulan ada yang tua, muda dan tak ada tenaga yang kuat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Aminuddin (tiga kanan) menyampaik­an set kelengkapa­n barang haji kepada Fairuz Fahmy Harun (berkerusi roda) pada majlis penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan Musim Haji 1445H/2024M di Masjid Hussain Seremban 2, dekat Seremban semalam.
— Gambar Bernama IKHLAS: Aminuddin (tiga kanan) menyampaik­an set kelengkapa­n barang haji kepada Fairuz Fahmy Harun (berkerusi roda) pada majlis penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan Musim Haji 1445H/2024M di Masjid Hussain Seremban 2, dekat Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia