Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah pengunjung RWMF 2024 dijangka meningkat

STB menaruh sasaran itu agar lebih ramai ketibaan pengunjung dan pelancong ke dalam negeri pada tahun ini Tahun ini, kita menaruh sasaran yang lebih ramai pengunjung dan akan diadakan beberapa aktiviti pada penganjura­n RWMF 2024 nanti.

- Oleh Henrietta Liza Dato Dennis Ngau Pengerusi STB

KUCHING: Sarawak menjangkak­an lonjakan jumlah pengunjung ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 ke Kampung Budaya, Damai pada penganjura­nnya Jun ini.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Dato Dennis Ngau berkata pihaknya menaruh sasaran berkenaan agar lebih ramai ketibaan pengunjung dan pelancong ke dalam negeri pada tahun ini.

“Tahun ini, kita menaruh sasaran yang lebih ramai pengunjung dan akan diadakan beberapa aktiviti pada penganjura­n RWMF 2024 nanti.

“Saya bahkan terkejut menerima pertanyaan daripada golongan mereka yang berusia 40-50-an tentang tiket RWMF 2024. Kita akan melihat kepada himpunan pengunjung yang lebih ramai selepas ini.

“Ini kerana mereka mahu menonton persembaha­n pemuzik terkenal Kitaro yang sedang membuat jelajah muziknya yang terakhir pada tahun ini,” katanya.

Dennis berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah-Tamah TEGAS di laman Digital Village TEGAS di sini malam kelmarin.

Beliau sebelum ini, pernah bertanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor bagaimana dengan jualan tiket sejak ia dilancarka­n dan mendapat maklum balas positif.

Kini dedah beliau lagi, tiket RWMF 2024 telah melebihi sasaran bulanan yang ditetapkan dalam jadual pihak STB

Pihak pengurusan Kampung Budaya juga ujarnya, sedang berusaha menaik taraf infrastruk­tur seperti pentas, tandas dan sebagainya bagi keselesaan para pengunjung.

Sebelum RWMF 2024, Sarawak juga bakal menyaksika­n kedatangan sekitar 1,500 pelajar dari seluruh Asia ke forum belia berkaitan kelestaria­n tenaga dan teknologi hijau di sini.

 ?? ?? REAKSI: Dennis ketika ditemui pemberita pada Majlis RamahTamah TEGAS di Digital Village TEGAS di Kuching malam kelmarin.
REAKSI: Dennis ketika ditemui pemberita pada Majlis RamahTamah TEGAS di Digital Village TEGAS di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia