Utusan Borneo (Sarawak)

Henry ikrar akan bantu realisasik­an Waterfront Durin

-

Impian penduduk Durin yang mendambaka­n sebuah tebingan di pekan mereka bakal terlaksana setelah ia mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Henry Harry Jinep.

Menurutnya, beliau bersedia membantu merangka cadangan bagi merealisas­ikan projek tebingan yang sudah lama ditunggu-tunggu.

“Kawasan tebingan sungai sangat sinonim dengan bandar yang mempunyai sungai seperti pekan Durin dan ia telah pun dibina di kawasan seperti Selangau dan Kanowit.

“Saya akan bekerjasam­a dengan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang dipengerus­ikan Sempurai Petrus Ngelai dalam usaha merealisas­ikan hasrat tersebut,” katanya berucap merasmikan Simfoni Batang Rajang yang dianjurkan bersama Karnival Kebudayaan Durin 2024 di pekan Durin dekat sini, malam kelmarin.

Henry berkata, beliau telah berbincang dengan

Sempurai untuk menyediaka­n kertas cadangan dan kemudianny­a akan berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing memandangk­an Durin terletak di bawah bidang kuasanya.

“Setelah berbincang dengan Tiong, beliau akan membawanya kepada Kerajaan Sarawak untuk permohonan peruntukan membangunk­an kawasan tebingan di Durin.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan cadangan itu tetapi saya akan bekerjasam­a dengan MDLBS untuk membentang­kan cadangan itu kepada YB Datuk Seri (Tiong) bagi membantu merealisas­ikan impian ini,” katanya yang juga ADUN Tasik Biru.

Justeru, beliau menegaskan perlunya cadangan itu disiapkan sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang untuk membentang­kannya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengenai cadangan pengerusi penganjur karnival tersebut Kaunselor Datuk Teo Boon Siew untuk mewujudkan satu lagi jeti di Durin bagi kegunaan pertanding­an bot laju, beliau berjanji akan membincang­kannya dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Henry memberitah­u bahawa beliau telah berunding dengan Kontroler LSS tentang usaha membina jeti untuk pertanding­an bot tahun depan, sama seperti pontun yang berfungsi sebagai platform untuk bot kawalan jauh.

Sementara itu, beliau turut melakukan perasmian projek pemasangan bumbung untuk jeti di Tebingan Durin dengan kos RM30,000 yang diperuntuk­kan semasa lawatannya meninjau jeti itu tahun lepas.

Hadir sama ialah isteri beliau Datin Christina Esni Mied, ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, Kontroler LSS Leftenan Kolonel (B) Ding Tiew Wong dan Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei.

 ?? ?? SIMBOLIK: Henry (lima kiri) melakukan perasmian Simfoni Batang Rajang yang dianjurkan bersama Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Sibu malam kelmarin.
SIMBOLIK: Henry (lima kiri) melakukan perasmian Simfoni Batang Rajang yang dianjurkan bersama Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia