Utusan Borneo (Sarawak)

Projek berkaitan air RM6.01b untuk Sarawak

PETRA lulus 46 projek berkaitan air di negeri ini meliputi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu melalui RMK12

- Oleh Agnes Tugong

Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA) telah meluluskan 46 projek berkaitan air di negeri ini dengan kos RM6.01 bilion melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menterinya Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia meliputi 33 projek sambungan dan 13 projek baharu.

Manakala tahun ini sahaja katanya, sebanyak RM298 juta telah diluluskan bagi pelaksanaa­n projek-projek berkaitan air di negeri ini.

“Projek-projek yang diluluskan ini merangkumi perlindung­an banjir dan banjir pantai, hakisan pantai, pemulihara­an muara, kajian pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, pembanguna­n loji rawatan kumbahan, loji rawatan enapcemar, pembanguna­n sistem pembetunga­n dan menaik taraf loji rawatan air.

“Kerajaan persekutua­n yakin dengan siapnya keseluruha­n projek pelbagai skop ini akan dapat mengatasi isu bencana air, mengurangk­an risiko hakisan pantai, meningkatk­an penyampaia­n bekalan air dan pembetunga­n serta memberi impak yang positif kepada penduduk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching di sini, semalam yang dihadiri dan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengenai sambutan Hari Air Sedunia tersebut, Fadillah berkata pemilihan Sarawak sebagai lokasi sambutan adalah bertepatan dengan tema ‘Air Untuk Keamanan’.

Air menurut Fadillah adalah komponen penting yang boleh bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembanguna­n

negara yang mampan.

Justeru katanya, rakyat perlu bersatu dalam melindungi dan memulihara sumber yang paling berharga ini.

“Ketidaksam­arataan dalam agihan sumber air, akses yang terhad kepada bekalan air dan perkhidmat­an sanitasi serta kepincanga­n pengagihan faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar boleh menjadi penghalang kepada keamanan dan kestabilan negara.

 ?? — Gambar Penerangan ?? RASMI: Fadillah (empat kiri), Abang Johari (lima kiri) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching.
— Gambar Penerangan RASMI: Fadillah (empat kiri), Abang Johari (lima kiri) bersama yang lain melakukan simbolik perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia