PBM rapatkan jurang bekalan dan permintaan darah
WHO juga mengesyorkan penggunaan darah secara rasional dan seharusnya diamalkan secara rutin di lapangan klinikal
MIRI: Amalan transfusi darah secara konvensional kepada pendekatan Pengurusan Darah Pesakit (PBM) didapati mampu merapatkan jurang yang semakin ketara antara bekalandarahdanpermintaan untuk komponen darah.
Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO juga mengesyorkan penggunaan darah secara rasional dan seharusnya diamalkan secara rutin di lapangan klinikal.
“Ini termasuk diagnostik dan rawatan awal anemia dan ‘coagulopathy’ serta penggunaan ubat seperti ‘intravenous iron’ untuk pesakit yang mengalami kekurangan ‘iron’ atau zat besi,” katanya ketika merasmikan Kursus Pengurusan Darah Pesakit Wilayah Utara di di sini, semalam.
Menurutnya, pelaksanaan konsep PBM adalah bukti berasaskan klinikal yang selamat dan berkesan untuk mencegah dan merawat anemia serta mengurangkan pendarahan.
“Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan penggunaan darah dalam jangka panjang dan memastikan bekalan darah dapatdiberikankepadapesakit yang lebih memerlukan transfusi darah seperti pesakit talasemia,” ujarnya.
Malahan, pelaksanaan PBM juga membantu meminimumkan kos berkaitan perolehan darah dan penyediaan komponen darah sekali gus mendorong kepada penjimatan kos penjagaan kesihatan secara keseluruhan serta penggunaan sumber manusia yang lebih berkesan.
Sementara itu, seramai 50 peserta mengikuti kursus tersebut yang membincang
Ini termasuk diagnostik dan rawatan awal anemia dan ‘coagulopathy’ serta penggunaan ubat seperti ‘intravenous iron’ untuk pesakit yang mengalami kekurangan ‘iron’ atau zat besi.
Dato Lukanisman Awang Sauni Timbalan Menteri Kesihatan
kan topik pengenalan kepada garis panduan dan tonggak utama dalam PBM serta PBM membabitkan pesakit pembedahan.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai konsep PBM dalam
perubatan dan pembedahan.
Ia merupakan satu pendekatan sistematik yang mengutamakan pesakit dengan mengurus dan memelihara darah pesakit itu sendiri.
“Saya menyokong akan
pelaksanaan kursus ini kerana ia merupakan satu usaha yang amat baik bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mengenai penggunaan darah untuk pesakit secara optimum,” jelasnya.
Pada masa yang sama, strategi dan alternatif terhadap transfusi darah juga didedahkan, di samping mengurangkan kesankesan sampingan dan risiko transfusi darah sekiranya tidak digunakan dengan justifikasi yang tepat.
Di samping itu, penglibatan pakar serta pegawai daripada pelbagai bidang secara tidak langsung akan dapat menyalurkan pengetahuan baharu seterusnya mengadaptasikan konsep PBM di peringkat hospital dan jabatan masing-masing.
Selain itu, penglibatan sektor swasta juga diharapkan akan dapat mempertingkatkan amalan berkongsi ilmu serta mempergiatkan kerjasama yang lebih efektif.
Hadir sama ialah Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Malaysia Sarawak Dr Azlee Ayuh, Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Sarawak Dr Wong Yi Shen, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Pengerusi Persatuan Transfusi Darah Malaysia Dato Dr Faraizah Dato Abdul Karim.