Utusan Borneo (Sarawak)

Mercure Miri City Centre tawar bufet ‘Nikmat Nusantara’ sempena Ramadan

-

MIRI: Menjelang bulan Ramadan yang mulia ini, Restoran Belian di Mercure Miri City Centre berbesar hati mengumumka­n bufet berbuka puasa ‘Nikmat Nusantara’ yang menyajikan pelbagai hidangan lazat.

Selepas seharian berpuasa dari subuh hingga ke senja, hotel ini menjemput para pengunjung untuk merasai juadah Ramadan yang pasti menyajikan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan.

Pasukan kulinariny­a telah menghasilk­an menu yang pelbagai yang mencermink­an cita rasa rantau ini.

Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tradisiona­l Melayu yang lazat serta kegemaran tempatan Sarawak, semuanya disediakan dengan bahanbahan terbaik, daripada nasi briyani hingga ke laksa Sarawak serta sate daging lembu dan ayam.

Selain itu, terdapat juga ayam panggang percik madu, daging gulai kawah, ikan masak asam pedas, sup ekor, sayur masak lodeh dan sotong sumbat masam manis.

Tidak dilupakan juga pelbagai jenis sambal dan ulam-ulaman.

Untuk melengkapk­an makan malam anda, bolehlah merasai pelbagai pilihan kuih-muih dan buah-buahan segar.

Restoran Belian yang terletak di aras dua hotel tersebut kini ini menawarkan promosi ‘Early Bird Special’ untuk Mac ini.

Para pelanggan yang menempah awal sebelum 8 Mac boleh menikmati diskaun eksklusif untuk hidangan bufet mereka.

Harga ‘Early Bird Special’ adalah RM108+ bagi setiap dewasa dan RM45+ bagi setiap kanak-kanak (6 hingga 12 tahun).

Harga biasa ialah RM128+ bagi setiap dewasa dan RM50+ bagi setiap kanakkanak (6 hingga 12 tahun)

Bufet berbuka puasa Nik

mat Nusantara disediakan jam 6 petang hingga 9.30 malam dan hanya terdapat pada hari-hari berikut iaitu 15 hingga 17 Mac, 22 hingga 31 Mac, dan 5 hingga 7 April ini.

Jangan lepaskan peluang

ini untuk menikmati pengalaman berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan di Hotel Mercure Miri City Centre yang menjanjika­n pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan sempena

bulan Ramadan.

Tempahlah meja anda hari ini dengan menghubung­i talian 016-578 6038 untuk menikmati hidangan lazat, layanan mesra dan saatsaat manis ketika berbuka puasa.

 ?? ?? TAWARAN MENARIK: Restoran Belian yang terletak di Aras 2, Hotel Mercure Miri City Centre.
TAWARAN MENARIK: Restoran Belian yang terletak di Aras 2, Hotel Mercure Miri City Centre.
 ?? ?? MENYELERAK­AN: Beberapa juadah berbuka puasa yang disediakan.
MENYELERAK­AN: Beberapa juadah berbuka puasa yang disediakan.
 ?? ?? PEMANIS MULUT: Pelbagai pilihan kuih-muih tradisiona­l.
PEMANIS MULUT: Pelbagai pilihan kuih-muih tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia