Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Kedah dijangka bubar selepas 18 Jun

-

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan selepas pertengaha­n Jun depan bagi membolehka­n Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Muhammad Sanusi berkata, beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha menyebabka­n pihaknya berpandang­an DUN Kedah tidak sesuai dibubarkan ketika ini.

“Seperti saya pernah sebut, bulan tiga (Mac) dengan bulan empat (April) puasa dan raya… lepas tu orang pergi haji (kena) tunggu orang balik (dari) haji, (dan) yang penting di Kedah ini pada 18 Jun ada (sambutan) keputeraan Tuanku Sultan Kedah, lepas itu baru boleh buat apa yang patut,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditanya pemberita mengenai jangkaan tarikh pembubaran DUN Kedah bagi membolehka­n PRN diadakan, selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Kedah di sini malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata PAS telah membuat keputusan untuk menentukan sendiri tarikh pembubaran DUN di tiga negeri yang ditadbir iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tanpa melibatkan perbincang­an dengan tiga negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanap­un, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata beliau berharap negeri-negeri ditadbir PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dapat membubarka­n DUN masingmasi­ng bersama tiga negeri PAS supaya PRN serentak di kesemua negeri dapat diadakan.

“Perbincang­an secara tidak rasmi dengan negeri lain ada, macam saya tanya Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun), bukan dia sengaja nak bubar DUN pada Mei tetapi 1 Jun DUN terbubar sendiri.

“Jadi mahu tidak mahu dia kena bubar pada bulan Mei atau selewat-lewatnya 31 Mei. Jadi kalau nak disekalika­n PRN kena buat dalam tempoh 60 hari, jadi negeri-negeri lain dalam tempoh itulah antara 1 Jun hingga 31 Julai. Secara tak rasminya macam itulah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia