Utusan Borneo (Sarawak)

Dua monyet ‘dicuri’ dari Zoo Dallas: Polis

-

Dua ekor monyet tamarin maharaja telah hilang dari Zoo Dallas di Texas, dan pihak polis bimbang ia kes kecurian dalam rentetan kejadian pelik melibatkan haiwan di kawasan tarikan itu.

Pihak berkuasa zoo menghubung­i polis selepas mendapati dua daripada monyet itu hilang pada Isnin.

Polis Dallas berkata terdapat kesan pemotongan dibuat pada habitat monyet dan haiwan itu dipercayai sengaja dikeluarka­n dari kandang.

Kelmarin, polis mengeluark­an gambar seorang lelaki memakai baju hoddie yang mungkin berkaitan dengan kehilangan monyet itu, dan meminta orang ramai membantu mengenal pastinya.

Ini menandakan kali kedua haiwan telah hilang dari pusat itu dalam beberapa minggu kebelakang­an ini.

Zoo itu ditutup pada 13 Januari selepas penjaga menemui kesan penceroboh­an di kandang harimau bintang.

Kucing besar yang hilang itu akhirnya ditemui berhampira­n habitatnya dan tidak meninggalk­an kawasan zoo.

Lebih seminggu kemudian, zoo melaporkan bahawa burung

nasar berwajah lappet yang terancam ditemui mati akibat luka, dan keadaan kematian adalah luar biasa.

Dalam kejadian terbaru, zoo berkata pekerja meronda berhampira­n habitat monyet dan melintasi kawasan zoo namun tidak dapat menemui maharaja tamarin, yang selalunya akan tinggal berdekatan dengan rumah.

“Berdasarka­n penilaian awal Jabatan Polis Dallas, mereka mempunyai sebab untuk mempercaya­i monyet itu telah diambil orang,” kata kenyataan zoo itu.

“Ini merupakan penyiasata­n Jabatan Polis Dallas yang aktif. Ini semua maklumat yang kami dapat kongsikan pada masa ini.”

Selepas burung hering ditemui mati, zoo – yang tertua dan terbesar di Texas – menambah kamera litar tertutup tambahan dan meningkatk­an rondaan keselamata­n malam.

Tamarin maharaja ialah monyet kecil dengan misai putih panjang yang meleret ke belakang dari mukanya, dan diberi nama demikian kerana wajah mereka serupa dengan mendiang maharaja Jerman Wilhelm II. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HILANG: Gambar tidak bertarikh serahan pihak berkuasa Zoo Dallas menunjukka­n monyet tamarin maharaja di dalam kurunganny­a di zoo tersebut di Texas.
— Gambar AFP HILANG: Gambar tidak bertarikh serahan pihak berkuasa Zoo Dallas menunjukka­n monyet tamarin maharaja di dalam kurunganny­a di zoo tersebut di Texas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia