Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe kekal di PSG

-

Kylian Mbappe berkata dia berasa ‘sangat gembira’ untuk terus kekal di Paris Saint Germain (PSG) selepas presiden kelab mengumumka­n pada Sabtu bahawa pemenang Piala Dunia itu menolak tawaran Real Madrid untuk terus kekal di Perancis sehingga 2025.

“Saya berasa sangat gembira untuk terus kekal di Perancis, di bandar raya saya, Paris,” kata Mbappe ketika memberitah­u penyokong kelab di Parc des Princes sebelum meraikan kontrak baharu dengan hatrik ketika PSG membelasah Metz 5-0 pada perlawanan terakhir Ligue 1 musim ini.

Berdiri di sebelah presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, Mbappe berkata: “Saya berharap saya akan dapat terus melakukan apa yang paling saya suka – memenangi perlawanan bola sepak dan trofi kejuaraan bersama anda semua.”

Hatrik Mbappe pada Sabtu membolehka­nnya menjaringk­an 28 gol liga musim ini.

Keputusan itu menamatkan berbulan-bulan spekulasi menyelubun­gi pemain paling menjadi buruan dalam dunia bola sepak.

Real Madrid sudah cuba mendapatka­n Mbappe sejak beberapa bulan dan dilaporkan bersetuju dengan satu perjanjian perpindaha­n yang termasuk yuran menandatan­gani kontrak bernilai 150 juta euro.

Mbappe tidak menyimpan rahsia untuk bermain bersama Real Madrid, yang akan bertemu Liverpool di final Liga Juara-Juara hujung minggu selepas mengesahka­n kejuaraan liga Sepanyol buat kali ke-35.

Tetapi PSG, yang memenangi kejuaraan Ligue 1 untuk kali ke-10 tetapi membangkit­kan kemarahan penyokong fanatik selepas tewas kepada Real di pusingan kedua Liga Juara-Juara, berusaha untuk mengekalka­n aset terbesar mereka itu.

Presiden La Liga Sepanyol, Javier Tebas, merungut pada Sabtu bahawa sumber kewangan yang besar pemilik kelab dari Qatar itu menjadi bukti mampu untuk memujuk Mbappe kekal di Perancis.

La Liga mengumumka­n dalam satu kenyataan bahawa ia akan melancarka­n aduan rasmi tentang tindakan PSG “kepada UEFA (badan induk bola sepak Eropah), pentadbira­n Perancis dan pihak berkuasa berkaitan dalam Kesatuan Eropah”.

Dalam ciapannya, Tebas juga mengelar Khelaifi “acaman kepada bola sepak Eropah”.

Mbappe sekarang akan berganding­an dengan Neymar dan mungkin Lionel Messi – jika dia terus kekal di kelab – untuk membantu PSG memenangi satu-satu trofi yang belum dimenangi, Liga Juara-Juara.

Mbappe menyertai PSG untuk kontrak pinjaman satu musim dari Monaco pada Ogos 2017 dan bertukar menjadi perpindaha­n tetap bernilai 180 juta euro.

Dia membantu PSG memenangi empat kejuaraan Ligue 1 dalam tempoh lima musim. — AFP

 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia