Utusan Borneo (Sarawak)

Arrick dan Ramadia dinobat Keling dan Kumang Gawai Dayak Miri

-

Arrick Tinggang William, 24, berbangsa Kenyah, merangkul gelaran Keling/Belawan 2022 sementara Ramadia Esturin, 23, yang berasal dari Sibuti dinobatkan Kumang Gawai 2022 sempena sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri Ke-16 di sini, kelmarin.

Arrick yang berasal dari Long Apu, Baram membawa pulang hadiah wang tunai RM1,300, Biasiswa Fajar bernilai RM15,000, trofi, skaf, hamper dan sijil yang disampaika­n tetamu kehormat Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pematuhan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi kategori Keling/Belawan Gawai 2022, masing-masingnya dimenangi Hakinen Lewis, 23, dari Nanga Nangsang, Poi, Kanowit dan Heyward Hezron Lim, 22, kacukan Saban-Cina dari Long Banga, Baram.

Hakinen membawa pulang hadiah wang tunai RM1,100 berserta Biasiswa Fajar RM10,000, trofi, skaf, hamper dan sijil manakala Heyward memenangi wang tunai RM1,000, Biasiswa Fajar RM7,000, trofi, skaf, hamper dan sijil.

Tiga lagi pemenang hadiah sagu hati Andray Arthur, Indra Irawan Hendry dan Mark Wong, masing-masing menerima wang tunai RM500 berserta Biasiswa Fajar RM7,000, hamper dan sijil.

Sementara itu, tempat kedua atau Lulong 2022 dimenangi Sheila Riti Jerfry, 24, yang berasal dari Selangau dan tempat ketiga atau Selinggar Matahari 2022 milik Lyana Vellary Jeffery, 22, yang berasal dari Kampung Binyuk, Bintulu.

Kategori Dayung Sangon 2022 pula dimenangi Emily Ramie Benard Ralphie, 18, dari Kampung Semeba, Kuching.

Tempat kedua pula Cindylia Dominic Ajang, 24, dari Kampung Sungai Duuh, Siburan dan tempat ketiga ialah Gloria Willi,

Pertanding­an Kumang/ Dayung Sangon/Keligit Orang Ulu dan Keling/ Belawan 2022 itu merupakan acara kemuncak sambutan perayaan Hari Gawai Peringkat Bahagian Miri, malam kelmarin yang dihadiri lebih 1,100 tetamu.

 ?? ?? KELING/BELAWAN 2022: Arrick menerima hadiah daripada Gerawat selaku tetamu kehormat pada majlis malam itu.
KELING/BELAWAN 2022: Arrick menerima hadiah daripada Gerawat selaku tetamu kehormat pada majlis malam itu.
 ?? ?? CANTIK: Keligit Orang Ulu, Goretti (duduk) bersama pemenang kedua, Rofina (kiri) dan Geviena (kanan) serta pemenang tempat ketiga Keling/Belawan 2022, Heyward Hezron.
CANTIK: Keligit Orang Ulu, Goretti (duduk) bersama pemenang kedua, Rofina (kiri) dan Geviena (kanan) serta pemenang tempat ketiga Keling/Belawan 2022, Heyward Hezron.
 ?? ?? MENAWAN: Dayung Sangon 2022, Emily Ramie (duduk) bersama pemenang kedua, Cindylia (kiri) dan Gloria serta pemenang kedua Keling/Belawan 2022, Hakkinen (berdiri, tengah).
MENAWAN: Dayung Sangon 2022, Emily Ramie (duduk) bersama pemenang kedua, Cindylia (kiri) dan Gloria serta pemenang kedua Keling/Belawan 2022, Hakkinen (berdiri, tengah).
 ?? ?? ANGGUN: Kumang Gawai 2022, Ramadia (duduk), bersama Sheila (kiri) dan Lyana.
ANGGUN: Kumang Gawai 2022, Ramadia (duduk), bersama Sheila (kiri) dan Lyana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia