Pemuda berparang mengamuk mahu cederakan ibu ditangkap
Suspek ditahan ketika merayau-rayau bawa parang di pekan Bekenu
MIRI: Seorang pemuda tergamak mengamuk menggunakan parang sehingga disyaki mahu mencederakan ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Sungai Tiris, Bekenu dekat sini, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 25 tahun itu berjaya ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu
“Pengadu dimaklumkan bahawa anak lelakinya mengamuk menggunakan parang hendak mencederakan ” ibunya sendiri.
ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri
Pejabat Polis Daerah Miri di kawasan pekan Bekenu ketika merayau-rayau membawa sebilah parang sekitar jam 12.15 tengah hari.
“Terdahulu, pengadu yang merupakan bapa suspek ketika kejadian berada di pasar Bekenu menerima makluman mengenai kejadian terbabit daripada anak saudaranya yang berada di rumah panjangnya kira-kira jam 9 pagi.
“Pengadu dimaklumkan bahawa anak lelakinya mengamuk menggunakan parang hendak mencederakan ibunya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Alexson berkata, pengadu tidak pasti punca sebenar yang menyebabkan suspek bertindak sedemikian rupa.
Tambahnya lagi, pengadu memberitahu kejadian seperti ini bukannya pertama kali berlaku.
Susulan kejadian terbabit, pengadu kemudiannya membuat laporan ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Alexson memberitahu, dalam tangkapan tersebut polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian terbabit.
Sehubungan itu, suspek ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.
Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah.