Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan bola sepak, hoki negara gagal lagi melangkah ke Olimpik

-

KUALA LUMPUR: Ternyata prestasi dua sukan popular negara iaitu bola sepak dan hoki semakin merosot apabila sekali lagi gagal melayakkan diri ke pentas Sukan Olimpik di Tokyo 2020 yang bermula pada 23 Julai ini.

Skuad bola sepak negara atau lebih dikenali Harimau Malaya, telah dua kali berjaya melayakkan ke Sukan Olimpik iaitu di Munich pada 1972 dan edisi Moscow pada 1980. Tetapi, mereka memboikot Sukan Olimpik Moscow.

Semasa edisi 1972 di Munich, Malaysia menduduki tempat ke-10 kalangan 16 negara mengambil bahagian, setelah tewas 3-0 kepada Jerman Barat dan 6-0 kepada Maghribi, namun berjaya menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-0 untuk menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A.

Gol jaringan Shaharuddi­n Abdullah, Allahyarha­m Wan Zawawi Wan Yusof dan Allahyarha­m Salleh Ibrahim menentang AS adalah sesuatu dihargai bagi peminat Harimau Malaya.

Bekas ketua pasukan kebangsaan Datuk Soh Chin Aun pernah beraksi di pentas Olimpik 1972 dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang layak ke Olimpik 1980, berharap pihak berkepenti­ngan berusaha secara proaktif untuk memastikan Malaysia layak ke sukan berprestij itu dalam masa terdekat.

Tatkala, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarka­n slot ke Olimpik Paris 2024, bekas pemain pertahanan berusia 71 tahun itu berkata keadaan menjadi semakin sukar bagi Malaysia untuk melayakkan diri kerana negara lain kini didapati semakin hebat.

“Sudah semestinya, beraksi di Olimpik adalah suatu pencapaian tertinggi dalam sukan. Bukan senang untuk ke Olimpik. Semoga mereka semua melakukan yang terbaik (namun mereka akan) dan perlu berusaha untuk layakkan diri.

“Bagi saya, kini menjadi semakin sukar untuk kita melayakkan diri, kerana pasukan dari Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Arab, jauh lebih baik berbanding kita,” kata Chin Aun, yang mesra digelar sebagai ‘Tauke’ dan terkenal dengan sikap kepimpinan yang bijak dan tegas sama ada di atas atau luar padang kepada Bernama.

Legenda bola sepak kebangsaan yang berasal dari

Melaka itu, mewakili Malaysia dari tahun 1969 hingga 1984 dan membimbing pasukan kebangsaan meraih pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran.

Pada Sukan Olimpik 1972, Chin Aun sebaris dengan beberapa pemain bola sepak terbaik Malaysia antaranya Allahyarha­m Namat Abdullah, M. Chandran, V. Krishnasam­y, Wong Kam Fook, Wong Choon Wah, Harun Jusoh, Ali Bakar, Looi Loon Teik, Lim Fung Kee, dan Bahwandi Hiralal.

Walaupun bola sepak, iaitu sukan paling popular di Malaysia, hanya berjaya layak sebanyak dua kali ke Sukan Olimpik namun sukan berpasukan kedua paling popular iaitu hoki berjaya layak sembilan kali ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Malah, pasukan hoki lelaki kebangsaan berjaya tampil dalam empat edisi berturuttu­rut dari 1964 hingga 1976, dengan pencapaian terbaik mereka berada dua kali pada kedudukan kelapan iaitu di Munich 1972, membabitka­n pertanding­an 11 negara dan berjaya melayakkan di Montreal empat tahun kemudian dalam 16 pasukan yang mengambil bahagian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia