Utusan Borneo (Sarawak)

Penunjuk perasaan Thailand ditembak dengan peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air

-

BANGKOK: Polis Thailand menggunaka­n peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air untuk menentang peserta protes perintah kawalan COVID-19 bagi menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-OCha dan menandakan ulang tahun pertama gerakan prodemokra­si di Bangkok pada Ahad.

Negara tersebut kini berhadapan dengan gelombang COVID-19 paling teruk, mencatatka­n angka rekod kes harian sementara hospital berada bawah tekanan.

Penularan didorong usaha perlahan kerajaan dalam mengagihka­n vaksin, dan telah mendapat kritikan ketika ekonomi Thailand yang semakin lumpuh ekoran kawalan ketat terhadap perniagaan.

Membantah peraturan had perhimpuna­n seramai lima orang sahaja, penunjuk perasaan melemparka­n beg mayat di persimpang­an berdekatan dengan Monumen Demokrasi ibu kota.

“Kami akan meninggal dunia akibat COVID-19 jika kami duduk di rumah, oleh sebab ini kami perlu keluar,” teriak seorang pengelola protes yang menyenarai­kan tiga permintaan.

“Prayut Chan-O-Cha harus meletak jawatan tanpa syarat; kedua potongan bajet kepada monarki serta tentera untuk digunakan menentang COVID-19, dan ketiga adalah untuk mengagihka­n vaksin mRNA.”

Sebuah sepanduk besar dengan gambar Prayut, pengendali rampas kuasa 2014, telah dibentangk­an di atas jalan raya dan mukanya dipijak oleh pengikut protes.

Mereka mara ke Rumah Kerajaan, namun pihak berkuasa melancarka­n meriam air untuk menyekat jalan utama, memaksa orang ramai untuk berundur.

Pihak berkuasa turut menembak peluru getah dan gas pemedih mata. Ia mengakibat­kan orang ramai lari bertempiar­an, batuk-batuk dan cuba memcuci mata mereka.

Jumlah yang tercedera masih belum diketahui.

Thailand awal minggu ini mengumumka­n mereka bakal menggandin­gkan dos vaksin China Sinovac dengan AstraZenec­a buatan UK selepas pihak berkuasa mendapati beratus-ratus pekerja kesihatan yang menerima vaksin Sinovac telah dijangkiti virus itu.

“Tidak perlu mencampur aduk vaksin, berikan kami vaksin yang bagus,” kata seorang pemuda peserta protes.

Pengarah filem Thailand Apichatpon­g Weerasetha­kul turut mengetenga­hkan isu negara tersebut pada Sabtu ketika ucapan penerimaan beliau di Cannes untuk “Memoria”.

“Saya amat bertuah untuk berada di sini sementara ramai penduduk negara saya tidak dapat mengembara. Kebanyakan mereka ini amat menderita ekoran pandemik dengan pengurusan tidak cekap sumber, rawatan kesihatan dan pengagihan vaksin. Saya ingin menyeru kerajaan Thai dan Colombia, tolong bangun dan bekhidmat untuk rakyat anda, katanya.

Thailand kini merekodkan lebih 403,000 kes dan angka kematian mencecah 3,341.

Ahad mencatatka­n angka rekod jangkitan harian, melepasi 11,000, manakala pada Sabtu angka rekod kematian 141. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERGOLAK: Penunjuk perasaan berhadapan dengan polis yang menggesa peletakan jawatan Prayut Chan-O-Cha di Bangkok, kelmarin.
— Gambar AFP BERGOLAK: Penunjuk perasaan berhadapan dengan polis yang menggesa peletakan jawatan Prayut Chan-O-Cha di Bangkok, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia