Utusan Borneo (Sarawak)

FDAM hulur bakul makanan kepada warga seni yang terkesan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengagihka­n bakul makanan kepada penggiat industri kreatif menerusi program RESQ ANAK SENI yang akan diadakan di pekarangan pejabat FDAM Desa Melawati di sini semalam.

Lebih 500 bakul keperluan asas diagihkan kepada warga seni yang terkesan akibat pandemik COVID-19 secara berperingk­at di seluruh negara bermula dengan Lembah Kelang, Nilai dan Seremban.

Jumlah itu tidak termasuk agihan yang dibuat sebelum ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuas­akan.

Presiden FDAM Dr Ahmad Ibrahim berkata, bantuan berkenaan diagihkan kepada ahli FDAM dan persatuan lain merangkumi pengarah, penerbit, kru produksi, pelakon dan penyanyi selain golongan yang sering terpinggir seperti pelakon tambahan, penari, kru teater dan buskers.

“FDAM adalah wakil kepada semua pengarah filem. Pemberian sumbangan ini adalah atas rasa tanggungja­wab sebagai seorang pengarah terhadap pengorbana­n anak seni di belakang tabir yang banyak berjasa pada seorang pengarah.

“Mereka adalah anak buah pengarah ketika di lapangan dan kita harus hargai jasa-jasa mereka kerana tanpa mereka siapalah pengarah. Senang mereka senang pengarah, susah mereka susah pengarah,” katanya.

Menurutnya, agihan fasa pertama meliputi Lembah Kelang iaitu zon Puchong, Keramat AU2, Setapak, Taman Melawati diikuti oleh Nilai dan Seremban manakala fasa kedua akan diperluask­an ke zon lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini katanya, sebanyak 1,683 kotak sudah diagihkan kepada penerimape­nerima.

Semua bantuan berkenaan disumbangk­an oleh Yayasan Maghrifah, Yayasan FELDA, GISB Holdings Sdn Bhd, Intelek Muda Nasional dengan Kerjasama Pertubuhan Amal Global Care; Jihad Anak Seni; Laguna by Sofia dengan Kerjasama Pertubuhan Ummah Nusantara Malaysia; Koperasi An-Najah; Intelspeed Sdn Bhd dan Bob Auto Puchong.

“FDAM mengharapk­an lebih ramai pihak sama ada ahli korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil membantu dalam menghulurk­an sumbangan untuk bakul makanan ini diteruskan selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, FDAM membawa berita gembira buat ahlinya apabila berjaya mendapat ruang untuk suntikan vaksin secara berkelompo­k.

“FDAM menyasarka­n 100 peratus pengarah dan penggiat seni yang bekerja di lapangan mengambil peluang untuk terbabit dalam program vaksin ini,” katanya.

Peluang ini turut terbuka pada pasangan suami isteri dan anak berusia 18 tahun ke atas sahaja. Hanya untuk ahli yang menetap dan mendaftar di Lembah Klang.

Jelasnya, FDAM akan menghantar senarai nama ahli yang memohon suntikan vaksin kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia pada 19 Julai ini.

 ??  ?? MEMBANTU: Rombongan FDAM turun membantu mengagihka­n bakul makanan kepada penerima.
MEMBANTU: Rombongan FDAM turun membantu mengagihka­n bakul makanan kepada penerima.
 ??  ?? SERAH: Rombongan FDAM menyampaik­an bakul makanan kepada salah seorang penggiat sepanjang pelaksanaa­n PKP.
SERAH: Rombongan FDAM menyampaik­an bakul makanan kepada salah seorang penggiat sepanjang pelaksanaa­n PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia