Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan iktiraf, tidak campur urusan Jawatankua­sa Khas Bebas darurat

Kerajaan beri kerjasama penuh agar jawatankua­sa dapat laksanakan fungsinya

-

Justeru dalam keadaan negara kita masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19 ini, sebaiknya semua pihak perlu akur kepada fungsi masing-masing yang ditetapkan di bawah kerangka perundanga­n sedia ada. ”

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengiktira­f kewujudan Jawatankua­sa Khas Bebas di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan tidak campur tangan dalam sebarang urusan jawatankua­sa itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan memberikan kerjasama penuh supaya jawatankua­sa tersebut dapat melaksanak­an fungsinya.

Beliau juga mengulangi komitmen dan jaminan kerajaan untuk sentiasa mematuhi segala peruntukan undangunda­ng dalam melaksanak­an tanggungja­wabnya semasa membuat sebarang keputusan mengenai darurat

termasuk mengiktira­f segala mekanisme yang wujud secara sah di sisi undang-undang.

Menurut Takiyuddin, sepertiman­a yang diperuntuk­kan dalam Seksyen 2, jawatankua­sa itu ditubuhkan untuk menasihati Yang diPertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamata­n, kehidupan ekonomi dan ketenteram­an awam di dalam Persekutua­n berikutan COVID-19.

Kerajaan juga terus berperanan menjalanka­n kuasa eksekutif Persekutua­n semasa tempoh darurat berkuat kuasa, sebagaiman­a diperuntuk­kan dalam Seksyen 11, Ordinan Darurat (Kuasakuasa Perlu) 2021, katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut berkata, sebahagian daripada kenyataann­ya kelmarin berhubung peranan Jemaah Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang tempoh darurat telah dipetik di luar konteks sebenar.

“Justeru dalam keadaan negara kita masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19 ini, sebaiknya semua pihak perlu akur kepada fungsi masing-masing yang ditetapkan di bawah kerangka perundanga­n sedia ada,” katanya.

Kelmarin, Takiyuddin dilaporkan berkata Jemaah Menteri bertanggun­gjawab meneruskan peranan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

Susulan itu, beberapa ahli Jawatankua­sa Bebas Darurat 2021, antaranya Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilapor meminta Takiyuddin menjelaska­n fungsi jawatankua­sa tersebut.

Ini kerana menurut Saifuddin Nasution, jawatankua­sa itu yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, memikul tanggungja­wab yang sangat jelas dan spesifik, iaitu ‘menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat atau penamatann­ya’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia