Utusan Borneo (Sarawak)

Suntikan vaksin petugas barisan hadapan, warga emas di Batang Sadong 14-19 Jun

-

KUCHING: Petugas barisan hadapan dan warga emas yang berisiko tinggi di Parlimen Batang Sadong akan diberi keutamaan mulai hari ini (14 Jun) hingga 19 Jun untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan semalam.

“Saya menggesa masyarakat Batang Sadong yang telah ditentukan tarikh dan masa temu janji mereka untuk hadir mengambil suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditentukan.

“Jangan mudah percaya dengan dakwaan tidak benar mengenai vaksin yang digembar-gembur oleh pihakpihak tertentu kerana vaksin yang dibeli telah diuji secara klinikal dan adalah selamat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikutan itu, dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di daerah Simunjan di Dewan Mesra

Simunjan dan RTC Munggu Lalang, Gedong.

Bagi penerima suntikan vaksin dari Sadong Jaya, PPV mereka adalah di Kompleks Sukan Asajaya, tambah beliau.

Sejumlah 3,000 dos vaksin telah disediakan bagi daerah Simunjan dengan sasaran 600 penerima sehari di Dewan Mesra Simunjan manakala seramai 250 penerima pula di RTC Munggu Lalang, Gedong.

Beliau turut dipetik meminta kerjasama penerima suntikan vaksin berkenaan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP)yang telah ditetapkan pihak berwajib.

“Gunalah pelitup separuh muka sebaik keluar rumah, elak berada di tempat yang sesak dan sempit serta elak juga daripada berbual dan bersembang dalam jarak yang dekat.

Pastikan juga anda sudah bersarapan dan membawa rekod kesihatan atau senarai ubat yang diambil pada masa kini untuk perhatian petugas kesihatan kelak. Lindungi diri, lindungi semua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia