Utusan Borneo (Sarawak)

DATANG TERLALU AWAL PUNCA PPV SESAK: LEE •

Penerima vaksin dinasihati tidak datang terlalu awal ke PPV, memadai 15-30 minit lebih awal

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Penerima vaksin datang terlalu awal daripada masa temu janji yang telah ditetapkan menyebabka­n Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini sesak.

Menteri Pengangkut­an Sarawak merangkap Menteri bertanggun­gjawab terhadap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBBM) Datuk Lee Kim Shin berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kesesakan PPV di sini.

“Pemantauan kita hari ini (semalam) mendapati ada penerima datang ke PPV ini jam 8 ke 9 pagi sedangkan temu janji mereka antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Ini menyebabka­n kesesakan, justeru saya nasihatkan penerima vaksin jangan datang terlalu awal.

“Sila ikut masa janji temu ditetapkan dan hanya datang ke PPV 15 hingga 30 minit lebih awal sudah mencukupi,”

“Pemantauan kita hari ini (semalam) mendapati ada penerima datang ke PPV ini jam 8 ke 9 pagi sedangkan temu janji mereka antara jam 11 pagi hingga 12

” tengah hari.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Pengangkut­an Sarawak

katanya dalam kenyataan selepas meninjau PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya di sini semalam.

PPV ini merupakan antara PPV yang menampung kapasiti penerima vaksin besar selepas PPV Dewan Eastwood mempunyai kapasiti 1,400 orang iaitu sehingga 1,000 orang sehari.

Tinjauan itu dibuat susulan aduan diterima daripada orang ramai berhubung kesesakan di PPV terbabit di samping kekeliruan mengenai janji temu ditetapkan sehingga mengakibat­kan kawasan luar PPV itu sesak dengan orang ramai dan kenderaan.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Miri berbincang dengan pengurusan aplikasi MySejahter­a untuk mengurangk­an kesesakan pada masa akan datang.

Lee turut berbincang dengan KKM untuk menambah baik keadaan di PPV tersebut.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta menambah beberapa kemudahan lain seperti khemah, kerusi, meja, kipas, papan tanda serta penghadang laluan bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

Hadir sama Pengerusi JPBBM merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya Dr Hiew Sing Yee, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Tudan Dr Maurice Steve Utap dan Jurutera JKR Bahagian Miri Calvin Dawil.

 ??  ??
 ?? — Gambar Ukas ?? TINJAU: Lee (berdiri) meninjau PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya, Miri semalam.
— Gambar Ukas TINJAU: Lee (berdiri) meninjau PPV Dewan Dato Permaisuri Permyjaya, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia