Utusan Borneo (Sarawak)

AstraZenen­eca secara sukarela

Vaksin dibekal ke Sarawak menerusi CITF Kebangsaan, ditawar berdasarka­n konsep ‘siapa cepat, dia dapat’

-

Pusat vaksinasi yang berasingan dan khusus akan didirikan untuk tujuan ini

” dan akan diumumkan nanti.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak telah memutuskan untuk membenarka­n penggunaan vaksin AstraZenen­eca COVID-19 secara sukarela bagi melengkapk­an Pelan Vaksinasi COVID-19 di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, vaksin berkenaan akan dibekalkan ke Sarawak menerusi CITF Kebangsaan dan akan ditawarkan kepada penduduk berdasarka­n konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ secara sukarela menerusi janji temu.

“Pusat vaksinasi yang berasingan dan khusus akan didirikan untuk tujuan ini dan akan diumumkan nanti,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Menurut Uggah, Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19

Sarawak (SCoVAG) telah meneliti dan mengkaji perkembang­an vaksin COVID-19 global, kebangsaan dan tempatan (Sarawak) pada masa ini dan vaksin AstraZenec­a COVID-19 (kini disebut Vaxzevria) khasnya.

SCoVAG telah mengemukak­an cadanganny­a untuk menggunaka­n vaksin AstraZenec­a untuk penduduk Sarawak yang layak secara sukarela kepada CITF Sarawak.

“Dengan itu CITF Sarawak telah memutuskan untuk membenarka­n penggunaan vaksin AstraZenen­eca COVID-19 bagi melengkapk­an Pelan Vaksinasi COVID-19 besar-besaran di Sarawak,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Uggah berkata, sebelum ini susulan pengumuman kerajaan persekutua­n bahawa vaksin AstraZenec­a akan menjadi sebahagian daripada pelan Vaksinasi COVID-19 seluruh negara, sekitar 8,000 orang telah membatalka­n pendaftara­n vaksinasi dalam talian mereka.

Selain itu terdapat juga keraguan vaksin yang meningkat dengan beberapa orang tidak hadir janji temu vaksinasi mereka.

“Sehubungan itu, keputusan telah dibuat untuk mengambil vaksin AstraZenec­a daripada Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan vaksin akan ditawarkan kepada mereka yang menawarkan diri untuk menerima vaksin dengan kaedah ‘siapa cepat, dia dapat’.

“Berdasarka­n kadar penolakan pendaftara­n vaksin, CITF Sarawak memilih untuk tidak menerima vaksin AstraZenec­a untuk Pelan Vaksinasi COVID-19.

“Kerajaan Sarawak tidak mahu Program Vaksinasi COVID-19 di Sarawak terganggu oleh keraguan akibat penggunaan vaksin AstraZenec­a,” katanya.

Beliau berkata namun selepas pengalaman baru-baru ini yang menawarkan vaksin AstraZenec­a di Selangor dan Kuala Lumpur secara sukarela, sebuah akhbar tempatan melakukan tinjauan dalam talian pada 4 Mei di Sarawak mengenai penerimaan vaksin AstraZenec­a.

Katanya, hasil kajian menunjukka­n 69.4 peratus daripada 1,037 maklum balas menyokong pemberian pilihan kepada orang Sarawak untuk diberi vaksin AstraZenec­a COVID-19.

Namun 52.9 peratus daripada 1,040 maklum balas yang diterima sebenarnya hanya mahu divaksin dengan vaksin AstraZenec­a COVID-19.

“Melihat kepada perkembang­an ini dan kesungguha­n rakyat Sarawak untuk memilih vaksin AstraZenec­a, CITF Sarawak telah bersetuju untuk menjadikan vaksin ini digunakan di Sarawak secara sukarela dengan ‘siapa cepat, dia dapat’ menerusi janji temu,” kata Uggah.

 ??  ??
 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia