Utusan Borneo (Sarawak)

Arahan ‘dine-in’ tidak dibenarkan di Sarawak dilanjutka­n sehingga 7 Jun

-

KUCHING: Arahan ‘dinein’ tidak dibenarkan di negeri ini dilanjutka­n sehingga 7 Junselepas Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membuat keputusan meneruskan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini JPBNS memutuskan bahawa ‘dine-in’ tidak dibenarkan bermula 12 hingga 17 Mei yang merupakan sejajar dengan keputusan JPBNS tidak melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebaliknya meneruskan PKPB secara ‘circuit breaker’ atau pemutus rantaian yang sedang dikuatkuas­akan ketika ini.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) PKPB negeri Sarawak yang telah dikemas kini dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Sarawak semalam restoran, kedai makan, bistro, cafe, gerai makan dan minuman tidak dbenarkan beroperasi secara ‘dine-in’.

Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantar­an sahaja,” katanya.

Selain itu, pasar raya, pasar besar, puast belibelah, kedai runcit, kedai perkakasan, kedai serbaneka, dobi dan permisprem­is kedai dibenarkan beroperasi bagaimanap­un pemilik atau operator dikehendak­i mengawal had jumlah pengunjung bagi membolehka­n penjarakan fizikal dapat dilaksanak­an di premis masing-masing.

“Pasar tani, pasar borong, pasar harian dan pasar malam dan seumpamany­a dibenarkan beroperasi dengan pengawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau RELA.

“Stesen minyak dan perniagaan-perniagaan keperluan harian juga dibenarkan,” katanya sambil menambah kata, perkhidmat­an penghantar­an makanan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia