Utusan Borneo (Sarawak)

MPS: Pengusaha makanan, minuman dan pekerja wajib daftar vaksin

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mencadangk­an semua pengusaha makanan dan minuman serta pekerja mereka wajib mendaftar program vaksinasi dijangka bermula September nanti.

Pengerusin­ya Clarence Ting berkata, ia perlu dilakukan memandangk­an sektor ini termasuk perkhidmat­an awam dan menjadi tanggungja­wab pengusaha memastikan keselamata­n pelanggan mereka.

Beliau berkata, langkah itu memberi kepercayaa­n kepada pelanggan untuk makan atau minum di premis mereka.

“Kita memikirkan perkara itu selepas program vaksinasi besar-besaran untuk penduduk Sibu yang saya fikir bermula tidak lama lagi.

“Mungkin bermula 1 September nanti, semua pengusaha dan pekerja premis makanan dan minuman mendaftar mendapatka­n suntikan.

“Kita melakukan pemeriksaa­n dan jika mereka belum mendaftar, MPS mungkin akan menutup premis sehingga mereka mendaftark­an diri,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Ting meninjau premis menjual makanan dan minuman di Jalan Sanyan, Jalan Raminway dan Jalan Morshidi Sidek di sini bersama Bahagian Kesihatan Awam MPS bagi membantu mendaftar pengusaha serta pekerja yang belum mendaftar suntikan vaksin.

Menurutnya, lesen premis makanan dan minuman adalah di bawah MPS dan ini menjadikan MPS bertanggun­gjawab memastikan semua pelanggan selamat.

“Memandangk­an suntikan vaksin ini diberi secara percuma oleh kerajaan orang ramai tidak mempunyai alasan untuk tidak mendaftark­an diri.

“Kita mahu orang awam selamat. MPS mahu premis serta setiap makanan dan minuman dijual adalah selamat,” jelasnya.

Pada masa sama, MPS juga bercadang memberi sijil dan pengusaha boleh mempamerka­nnya bagi memberi keyakinan kepada pelanggan mereka.

Pada lawatan itu Ting berkata, ramai pekerja masih belum mendaftar untuk mendapatka­n vaksinasi itu.

“Kita perlu mendesak mereka untuk keselamata­n semua. Dengan itu kita dapat diberi vaksin segera dan boleh menjalani kehidupan normal semula,” katanya.

Ting berkata, MPS akan melawat semua premis makanan dan minuman, pasar tamu dan pasar malam sekitar Sibu.

Bandar Sibu mempunyai lebih kurang 700 kedai kopi tidak termasuk restoran.

 ??  ?? DAFTAR: Ting (kiri) membantu pekerja premis makanan mendaftar program vaksinasi melalui aplikasi MySejahter­a.
DAFTAR: Ting (kiri) membantu pekerja premis makanan mendaftar program vaksinasi melalui aplikasi MySejahter­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia