Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Mercedes catat masa terpantas dalam latihan

Verstappen dari Red Bull dan Leclerc dari Ferrari mengalami masalah dalam sesi kedua menjelang F1 GP Emilia-Romagna

-

Kami belum menyaksika­n yang terbaik dari pasukan Red Bull hari ini tetapi kita akan melihatnya dalam Q3

” esok. Tanpa ragu mereka akan laju.

Valterri Bottas

IMOLA: Pemandu Mercedes Valterri Bottas dan Lewis Hamilton mencatat masa paling pantas dalam latihan pada Jumaat untuk Grand Prix Emilia-Romagna dalam pada itu Max Verstappen dan Charles Leclerc kedua-duanya mengalami masalah dalam sesi kedua.

Bottas ialah pelumba terpantas untuk mengelilin­gi litar Imola dalam kedua-dua sesi namun hanya 0.01 saat laju daripada rakan sepasukann­ya Hamilton.

“Kami belum menyaksika­n yang terbaik dari pasukan Red Bull hari ini tetapi kita akan melihatnya dalam Q3 esok. Tanpa ragu mereka akan laju,” akui Bottas.

Juara dunia tujuh kali Hamilton menyatakan beliau berharap Imola akan berpihak kepada Mercedes lebih daripada Red Bull pada hujung minggu ini.

“Saya berfikir trek ini telah memihak ke arah kami.”

Pasangan itu disusuli oleh pelumba AlphaTauri Pierre Gaslu dan pelumba Ferrari Carlos Sainz dan Leclerc yang mengalami kemalangan ke dinding pada akhir sesi kedua, menandakan bendera merah dan membuat keputusan untuk tidak bermula semula.

Berita buruk timbul buat

Red Bull juga apabila Verstappen berhenti dengan masalah mekanikal.

“Sesuatu patah di bahagian belakang,” kata Verstappen kepada kumpulanny­a.

Pelumba itu tamat di tempat kedua selepas Hamilton dalam pembuka musim di Grand Prix Bahrain pada mulanya telah mencatat masa ketiga pantas dalam sesi permulaan di belakang dua pasukan Mercedes itu.

Sesi pertama juga ditanda

Pemandu Mercedes

dengan bendera merah.

Suatu pertembung­an antara pelumba Red Bull Sergio Perez dan pelumba Alpine Esteban Ocon, yang tidak sempat dirakam kamera, mengakibat­kan kedua-dua kereta terbabas dari litar.

Perez, sedang dalam pusingan “laju”, menurut ketua kumpulanny­a Christian Horner, telah mengalami kerosakan tayar kiri belakang sementara Ocon, dalam pusingan “perlahan” telah rosak di bahagian kanan depan.

Pelumba itu dipanggil ke pihak pengelola untuk menerangka­n insiden dan tiada tindakan susulan dilakukan.

“Dua kereta itu tiba di titik pertemuan pada masa yang sama, dan hanya menyentuh tayar sedikit sahaja,” kata sebuah laporan. “Kedua-dua pemandu setuju bahawa ia merupakan kejadian yang malang dalam kesilapan komunikasi masa antara mereka.

“Kedua-dua pemandu mengakui bahawa tiada pihak yang salah.”

Mereka dua kembali ke persaingan dalam sesi kedua dan Perez mencatatka­n masa keenam terpantas.

Bendera mereka kedua pagi itu dinaikkan sebelum tamat sesi dalam menyaksika­n pelumba baru pasukan Haas Nikita Mazepin tersasar di selekoh dan berpusing.

Itu merupakan lagi satu insiden malang untuk pelumba 22 tahun Russia itu. Beliau gagal untuk menamatkan lap pembuka di Bahrain dan telah diberi nama timangan ‘Mazespin’. —

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Hamilton (depan) diekori pelumba pasukan McLaren, Norris semasa sesi latihan menjelang F1 Grand Prix Emilia Romagna di Itali.
— Gambar AFP SENGIT: Hamilton (depan) diekori pelumba pasukan McLaren, Norris semasa sesi latihan menjelang F1 Grand Prix Emilia Romagna di Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia