Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelamat berusaha selamatkan 21 pekerja lombong terperangk­ap

-

BEIJING: Beberapa orang anggota penyelamat bertugas semalam untuk mencari 21 pekerja yang terperangk­ap di dalam sebuah lombong arang di barat laut China di wilayah Xinjiang selepas banjir memutuskan bekalan elektrik di bawah tanah dan mengganggu sistem komunikasi, lapor media negara.

Kemalangan berlaku di lombong arang Fengyuan di Hutubi County pada petang Sabtu, ketika kakitangan sedang melakukan kerjakerja penambahba­ikan di kawasan berkenaan, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Lapan dari 29 pekerja yang berada di tempat kejadian telah diselamatk­an dari lombong tersebut, menurut laporan awal.

Anggota penyelamat telah mengesan pelombong, dengan 12 orang berada pada satu platform, lapan orang di platform kedua dan pekerja yang terakhir berada di satu laluan keluar di mana air telah masuk, lapor pihak penyiaran CCTV.

"Platform tugas di mana 12 pelombong adalah 1,200 meter dari paras tanah dan rupa muka bumi di bawah tanah adalah kompleks, menjadikan kerja menyelamat sebagai sukar,” kata CCTV.

Anggota penyelamat turut cuba untuk mengepam air dari lubang yang banjir dan telah mengepam air ke dalam lombong. Peralatan pengepaman telah dipasangka­n.

Kemalangan perlombong­an adalah biasa berlaku di China, di mana industri tersebut mempunyai satu rekod keselamata­n yang kurang baik dan peraturan sering kali kurang dikuatkuas­akan.

Pada Januari, 22 pekerja telah terperangk­ap di dalam sebuah lombong di wilayah Shandong di timur China selepas satu letupan memusnahka­n pintu masuk menyebabka­n para pekerja terperangk­ap di bawah tanah selama hampir dua minggu.

Sebelas lelaki telah berjaya ditarik keluar hidup-hidup, 10 terkorban dan seorang pelombong yang masih belum diketahui nasibnya.

Pada Disember, 23 pelombong meninggal dunia selepas terperangk­ap di bawah tanah di bandar barat daya Chongqing hanya beberapa bulan selepas 16 orang lagi telah meninggal dunia akibat keracunan karbon m o n oksida di sebuah lombong arang yang lain di bandar berkenaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia