Utusan Borneo (Sarawak)

LAKIS cadang Sekolah Agama Madrasatul Islamiah Sibu di bawah pengurusan MIS

-

SIBU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) bercadang meletakkan Sekolah Agama Madrasatul Islamiah Sibu di Masjid An-Nur Sibu di bawah pengurusan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Pengerusi LAKI S Dr A n n uar Rapa’ee bekata, keputusan itu dibuat bagi mengikut jejak langkah Sekolah M a’ had Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub atau MATTARY di Kuching yang kini di bawah pengurusan MIS.

“LAKIS mencadangk­an kepada MIS supaya mereka mengambil alih sekolah ini dari segi pengurusan dan kokurikulu­m.

“Selepas kita mendapat kelulusan daripada lembaga (LAKIS), MIS menggunaka­n bangunan sekolah ini sepenuhnya.

“Jadi, dalam beberapa bulan ini saya mengusahak­an perkara ini supaya tahun depan kita sudah boleh mula beroperasi,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Baik Pulih Sekolah Agama Madrasatul Islamiah Sibu di Masjid An-Nur Sibu, semalam.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu berkata, langkah itu selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak mewujudkan sekolah menengah agama antarabang­sa di Kuching.

Jelasnya, jika MIS mengambil alih maka sekolah ini juga mengikut silibus seperti MATTARY menggunaka­n silibus antarabang­sa.

“Jika anda bertanya kepada saya mengenai silibus, saya tidak dapat menjawab soalan itu pada masa ini kerana kita masih berunding dengan MIS.

“Tetapi, saya berharap sekolah ini pada masa akan datang menjadi ‘feeder school’ kepada sekolah menengah agama antarabang­sa tersebut,” katanya.

Sementara itu, Dr Annuar berkata, projek baik pulih sekolah menelan belanja kirakira RM1.8 juta menerusi peruntukan daripada Kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, sekolah tersebut kini mempunyai enam kelas yang dapat menempatka­n 25 murid untuk setiap kelas.

“Selain itu, sekolah ini turut dilengkapi bilik komputer, surau, bilik multimedia, bilik mesyuarat, perpustaka­an, tandas untuk OKU dan lain-lain.

“Perkakas seperti perabot kita tambah dalam tahun ini,” katanya.

 ??  ?? KUNCI: Dr Annuar (tiga kanan) menerima kunci sekolah daripada Arkitek Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Joy Natalie sebagai simbolik penyerahan projek baik pulih Sekolah Agama Madrasatul Islamiah di Sibu, semalam.
KUNCI: Dr Annuar (tiga kanan) menerima kunci sekolah daripada Arkitek Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Joy Natalie sebagai simbolik penyerahan projek baik pulih Sekolah Agama Madrasatul Islamiah di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia