Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar­kan di Sarawak

-

KUCHING: Tiga lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar­kan di Sarawak semalam menjadikan jumlah kluster yang masih aktif meningkat kepada 49 setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tiga kluster baharu itu ialah Kluster Abak Bon, Subis, Kluster Jalan Badarudin, Kuching dan Kluster Nanga Kelangas, Julau.

“Hari ini Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytih­arkan tiga kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Abak Bon, Subis, Kluster Jalan Badarudin, Kuching dan Kluster Nanga Kelangas,

Julau.

“Hari ini juga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytih­ar satu kluster tamat iaitu Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPNBS) berkata, dengan penambahan tiga kluster baharu itu, setakat ini terdapat 49 kluster COVID-19 masih aktif di negeri ini.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 10 kluster melaporkan penambahan kes manakala 39 kluster lagi tiada penambahan kes.

Sementara itu berdasarka­n statistik dikeluarka­n JPBNS, setakat ini kes kumulatif dikesan di Kluster Abak Bon, Subis ialah 34 kes manakala bagi Kluster Jalan Badarudin, Kuching, 17 (kes) dan Kluster Nanga Kelangas, Jalau sebanyak 37 kes.

Dalam perkembang­an lain Uggah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sarawak telah mengeluark­an empat kompaun di Miri kerana melanggar prosedur opersai standard (SOP) mencegah COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia