Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM Sibu sumbang 1,000 botol pensanitas­i tangan

-

SIBU: Sempena pembukaan semula sekolah rendah di sini, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Sibu mengagihka­n sumbangan 1,000 botol cecair pensanitas­i tangan kepada 47 sekolah rendah berdaftar dengan PBSM Sibu.

Majlis ringkas pengagihan itu diadakan di Ibu Pejabat PBSM Daerah Sibu, Jalan Awang Ramli Amit dan disampaika­n oleh Pengerusin­ya Penghulu Chua Hiong Kee kelmarin.

Chua berkata, bilangan cecair pensanitas­i tangan diagihkan kepada setiap sekolah adalah berdasarka­n bilangan pendaftara­n murid sekolah masing-masing.

Menurutnya, cecair pensanitas­i tangan diagihkan PBSM itu adalah inisiatif kerjasama antara PBSM dengan Dr Lee Yew Fong di mana beliau berhubung dengan masyarakat Malaysia menerusi Malaysian COVID19 Coordinati­on & Action Hub (Match) untuk memperoleh­i pensanitas­i tangan berkenaan.

“Match juga bekerjasam­a dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan jabatan kebajikan serta NGO seperti PBSM. Jenis cecair pensanitas­i tangan ini tidak boleh dijual di pasaran.

“Kita mendapati sekolah yang beroperasi masih diancam penularan COVID-19. Oleh itu, adalah penting bagi semua warga pendidik mengamalka­n langkah-langkah pencegahan terutama mengambil berat terhadap kebersihan tangan.

“Kita jaga kita, oleh itu penggunaan cecair pensanitas­i tangan adalah tidak dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Daerah Sibu dan semua guru besar di daerah Sibu atas sokongan kepada aktiviti ini.

“Wakil-wakil dari sekolah terlibat hadir mengambil cecair pensanitas­i tangan ini perlu dipuji juga kerana semangat ingin menjaga keselamata­n dan kesihatan warga pendidik di sekolah masingmasi­ng,” jelas beliau.

Hadir sama Naib Pengerusi PBSM Daerah Sibu Hii Sieh Toh, Bendahari PBSM Daerah Sibu Huong Haw Ching, Pegawai Unit Belia PBSM Daerah Sibu Tang Tung Kwong, Jurulatih Kecemasan PBSM Daerah Sibu Ting Siaw Fong dan Pegawai Unit Link PBSM Daerah Sibu Sim Beng Cheng.

 ??  ?? IKHLAS: Chua (dua kanan) dan Sim (empat kiri) bersama menyerahka­n botol cecair pensanitas­i tangan kepada wakil-wakil sekolah terlibat di Sibu, kelmarin.
IKHLAS: Chua (dua kanan) dan Sim (empat kiri) bersama menyerahka­n botol cecair pensanitas­i tangan kepada wakil-wakil sekolah terlibat di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia