Utusan Borneo (Sarawak)

Juventus rapatkan jurang mata dengan pendahulu liga

Juve duduki tangga ketiga Serie A Itali dengan jurang tujuh mata kepada Inter Milan hasil kemenangan 3-1 ke atas Lazio

-

MILAN: Alvaro Morata menjaringk­an dua gol dan mengumpan satu lagi gol ketika Juventus membuat persiapan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang FC Porto dengan kemenangan 3-1 ke atas Lazio, sekali gus merapatkan jurang dengan dua pasukan dari kota Milan dalam Serie A Itali pada Sabtu.

Juventus ketinggala­n awal menerusi gol Joaquin Corrrea selepas kesilapan hantaran Dejan Kulusevski di bahagian tengah.

TetapiMora­tamengumpa­n bola kepada Adrien Rabiot untuk mengikat kedudukan sebelum rehat dan Morata menjaringk­an dua gol dalam tempoh tiga minit sebelum satu jam permainan.

Juventus kini berada di tangga ketiga, tujuh mata di belakang pendahulu liga, Inter, yang bermain menentang Atalanta hari ini dan satu mata di belakang AC Milan, yang bermain lewat menentang Hellas Verona. ”Hari ini kami memulakan permainan lewat 20 minit tetapi ia normal kerana ramai pemain beraksi bukan di posisi sebenar mereka dan ramai juga pemain baharu kembali dari kecederaan,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

“Tetapi ada reaksi hebat dari pasukan, kami tidak hilang semangat dan walaupun ketiadaan ramai pemain utama, kami bermain dengan hebat.

“Bagi kami, ia seperti final, satu perlawanan penting untuk kedudukan liga dan kami berasa gembira.”

Paulo Dybala masih belum dapat beraksi kerana kecederaan, bersama-sama pemain pertahanan, Giorgio Chiellini dan pemain tengah, Matthijs de Light sementara Rodrigo Bentancur positif COVID-19.

Tetapi Juan Cuadrado bermula dalam kesebelasa­n utama selepas tidak bermain pada tiga perlawanan sementara Arthur dan Leonardo Bonucci juga diturunkan dari bangku simpanan dalam separuh masa kedua.

Morata bermula bersamasam­a Kulusevski di jentera serangan, dengan Ciro Immobile mengetuai serangan Lazio bersama-sama Correa.

Dan Correa membuka jaringan selepas hantaran buruk Kulusevski, melepasi kawalan Merih Demiral sebelum menewaskan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny.

Szczesny menafikan cubaan Luis Alberto lapan minit kemudian untuk mengekalka­n saingan Juventus.

Rabiot mengikat kedudukan buat Juventus enam minit sebelum rehat apabila menerima umpanan cantik Morata sebelum merembat menewaskan penjaga gol Pepe Reina.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang selepas rehat, dengan Reina menepis cubaan Federico Chiesa dan Szczesny menafikan cubaan Correa dan cubaan Sergej Milinkovic-Savic terkena palang.

Chiesa mengumpan bola kepada Morata untuk gol kedua pada minit ke-57 sebelum Morata melengkapk­an jaringan untuk gol kedua peribadi dari satu tendangan penalti tiga minit kemudian selepas Milinkovic-Savic menjatuhka­n Aaron Ramsey dalam kotak penalti.

Morata dikeluarka­n untuk Ronaldo pada 20 minit terakhir semnentara Arthur dan Weston McKennie menggantik­an Ramsey dan Cuadrado.

Immobile ada mengancam pintu gol Juventus tetapi gagal menambah koleksi 14 gol beliau musim ini dan kekalahan bermakna Lazio masih tanpa kemenangan dari empat perlawanan dan tiga daripadany­a adalah kekalahan.

“Ia adalah satu kekalahan yang menyakitka­n,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, dengan harapan pasukannya memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan semakin sukar apabila kini berada di tangga ketujuh liga, enam mata dari pasukan di tangga keempat, Atalanta, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Harapan Sassuolo untuk memburu bola sepak Eropah musim hadapan juga terjejas apabila tewas 0-2 kepada Udinese, menyebabka­n mereka kekal di tangga kesembilan dan hanya menang dua dari 11 perlawanan liga sejak Krismas. Udinese kini kurang empat mata di tangga ke-10.

Pada perlawanan lain, Spezia seri 1-1 dengan Benevento pada satu perlawanan di antara dua pasukan yang mahu mengelak penyingkir­an pada musim ini.

“Bagi kami, ia seperti final, satu perlawanan penting untuk kedudukan liga dan kami berasa gembira. "

Andrea Pirlo

Jurulatih Juventus

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Pemain Juventus meraikan kemenangan mereka selepas menumpaska­n Lazio pada aksi perlawanan Serie A Itali di Stadium Juventus di Turin.
— Gambar AFP TUMPUAN: Pemain Juventus meraikan kemenangan mereka selepas menumpaska­n Lazio pada aksi perlawanan Serie A Itali di Stadium Juventus di Turin.
 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL GERAKAN: Antara babak-babak aksi pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP KAWAL GERAKAN: Antara babak-babak aksi pada perlawanan tersebut.
 ??  ?? PIRLO
PIRLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia