Utusan Borneo (Sarawak)

Program imunisasi perlu secara cekap, telus dan adil

Ia berikutan laporan seorang kenamaan memotong barisan untuk mendapatka­n vaksinasi dipersoalk­an ramai orang

-

Bagaimana ini boleh berlaku? Lebih penting lagi, siapakah mereka yang memotong barisan? Tidak sukar untuk mengetahui siapa mereka itu dan

” perkara ini harus didedahkan.

KUCHING: Program imunisasi pemberian vaksin COVID-19 perlu dijalankan dengan cekap, telus dan adil kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Ia berikutan laporan seorang kenamaan yang dikatakan telah memotong barisan untuk mendapatka­n vaksinasi terbabit dipersoalk­an oleh ramai orang.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Lebih penting lagi, siapakah mereka yang memotong barisan? Tidak sukar untuk mengetahui siapa mereka itu dan perkara ini harus didedahkan,” katanya

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat

dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu menyentuh hal berlainan, beliau berkata kerajaan harus mengizinka­n hospital atau klinik swasta menawarkan vaksinasi kepada masyarakat bagi mempercepa­tkan program vaksinasi berkenaan.

Klinik atau hospital swasta bukannya selalu mementingk­an keuntungan kerana mereka, (doktor) juga telah mengambil sumpah etika Hippokrati­k, ujarnya.

“Sekiranya mereka ingin membantu kerajaan dalam mempercepa­tkan proses vaksinasi, ia harus disambut baik. Semakin cepat, semakin selamat untuk semua orang kerana lebih ramai orang perlu diberi vaksin.

“Kekhuatira­n akan kekurangan vaksin sekiranya klinik atau hospital swasta menawarkan vaksinasi tersebut tidak harus menjadi persoalan kerana ia hanya bersifat sementara.

“Tidak lama lagi, bekalan vaksin akan meningkat dengan adanya permintaan,” jelasnya.

Beliau pada masa yang sama turut berpendapa­t adalah lebih baik sekiranya vaksin berkenaan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan kemudian didahuluka­n dengan mereka yang berumur 90-an di seluruh negara.

Disusuli dengan mereka yang berumur 80-an, kemudian 70-an dan 60-an dan ia harus diperhalus­i oleh kerajaan supaya menjadi lebih adil, tegas Lee.

“Taklimat harian oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melalui media massa diharap dapat memberikan angka terkini dan maklumat lain mengenai kemajuan program vaksinasi itu.

“Ini akan menghilang­kan kecurigaan dan jika dalam pengumuman, perincian boleh diberikan mengenai jumlah vaksinasi sehari seperti berapa jumlah barisan hadapan dan berapa warga emas yang telah divaksin dan sebagainya,” kata beliau.

Menerusiny­a, rakyat akan lebih meyakini program vaksinasi itu untuk mencapai immuniti kelompok selain penglibata­n kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu memperjela­skan fakta sahih tentang vaksin tersebut.

Tan Sri Lee Lam Thye

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia