Utusan Borneo (Sarawak)

DAP Long Lama sambut baik pelantikan tiga pegawai perhubunga­n masyarakat

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Long Lama menyambut baik pelantikan tiga pegawai perhubunga­n masyarakat oleh Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA).

Timbalan Pengerusi HAD Datuk Gerawat Gala yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mengumumka­n pelantikan Datuk Robert Laing, Gurung Wan dan Jeffrey Pasang Saging dalam pertemuan minggu lalu.

Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo dalam satu kenyataan media semalam berharap dengan pegawai baharu dilantik, masyarakat di Baram dapat lebih banyak maklumat mengenai projek HDA di kawasan mereka.

“Mudah-mudahan ada lebih banyak maklumat tepat yang tersedia dan dapat disalurkan kepada penduduk kampung dan masyarakat terutama mengenai projek HDA dilakukan di pelbagai daerah di Baram.

“Seperti sekarang, penduduk setempat memiliki sedikit informasi mengenai projek dilakukan di daerah mereka seperti siapa kontraktor, skop dan spesifikas­i projek, tarikh dan garis masa terlibat untuk pelaksanaa­n projek dan maklumat lain yang relevan,” katanya.

Beliau menambah, maklumat ini penting bagi membolehka­n penduduk mengetahui rancangan dan mengetahui perkembang­an projek di kawasan mereka.

“Mereka tidak berada dalam kebingunga­n dan tertanya-tanya bilakah projek dijanjikan dan diumumkan oleh pemimpin mereka dimulakan dan bila diselesaik­an. Ini juga dapat mengelak spekulasi tidak perlu pelbagai pihak.

“Sebagai contoh banyak projek HDA untuk Baram diumumkan sejak pelancaran HDA beberapa tahun lalu. Kami mendengar pengumuman serupa mengenai projek diulangi oleh ahli politik sejak itu, tetapi sedikit sahaja perincian mengenai kemajuan pelaksanaa­nnya dimaklumka­n,” katanya.

Marcus berkata, hanya dengan sedikit tanda sahaja mengenai perkara atau situasi berlaku di tapak (projek dicadangka­n) boleh mendorong timbul spekulasi dan keraguan sama ada projek diumumkan itu benar atau sebaliknya.

“Mungkin keraguan itu timbul dengan mudah disebabkan oleh apa yang mereka perhatikan dan dengar pada masa lalu,” jelasnya.

Danny Lawai, seorang penduduk setempat di Baram berkata sejak HDA diumum sebagai salah satu agensi utama diberi kepercayaa­n melaksanak­an banyak projek pembanguna­n infrastruk­tur di Baram, beliau mahu agensi tersebut memaklumka­n penduduk di Baram mengenai perancanga­nnya dengan telus.

“Adalah menjadi harapan kami HDA dapat menjadi lebih telus dengan informasi mengenai rancangan dan projek pembanguna­n dilakukan sehingga dapat bekerjasam­a dan mengambil bahagian memastikan kelancaran­nya,” kata beliau.

 ??  ?? MARCUS HUGO
MARCUS HUGO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia