Utusan Borneo (Sarawak)

LEICESTER NAIK KE TANGGA KEDUA LIGA

Berada di kedudukan selesa hasil kemenangan 2-1 ke atas Brighton, Arsenal seri 1-1 dengan Burnley dalam aksi EPL

-

LONDON: Leicester naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris apabila bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Brighton 2-1 pada Sabtu sementara peluang Arsenal memburu empat tangga teratas semakin sukar selepas diikat 1-1.

Ketiadaan beberapa pemain utama kerana kecederaan, Leicester kelihatan keletihan dalam beberapa minggu yang lalu dan ketinggala­n seawal minit ke-10 apabila Adam Lallana menjaringk­an gol pertamanya bersama Brighton musim ini.

Leicester kelihatan hambar pada 45 minit pertama tanpa James Maddison dan Harvey Barnes tetapi mereka bangkit berkata selepas rehat untuk kemenangan pertama dari empat perlawanan.

“Separuh masa pertama tidak cukup bagus, kami tidak menyerang dengan cukup baik dan juga tidak melakukan hantaran yang kemas,” kata pengurus Leicester, Brendan Rodgers.

“Saya fikir separuh masa kedua, kami bermain dengan cukup hebat. Kami menghalang mereka bermain dan kemudian menunjukka­n kualiti kami. Pada akhirnya, kami selayaknya menang.”

Leicester kini tujuh mata berbanding pasukan di tangga kelima, Everton, ketika mereka tidak mahu melakukan kesilapan yang sama seperti musim lepas apabila terkeluar dari empat tangga teratas liga di akhir musim walaupun sentiasa berada di kelompok empat teratas hampir sepanjang musim.

Perlawanan kelima tanpa kemenangan menyebabka­n Brighton masih hanya tiga mata di atas zon penyingkir­an.

Harapan terbaik Arsenal untuk kembali ke Liga JuaraJuara buat kali pertama dalam tempoh lima tahun kini adalah dengan memenangi Liga Europa selepas tercicir dua lagi mata di Turf Moor.

Arsenal kekal di tangga ke-10, sembilan mata dari pasukan di tangga keempat dan dengan jurang itu akan bertambah apabila Everton menentang Chelsea.

Arsenal mungkin tidak mengharapk­an permulaan lebih baik apabila PierreEmer­ick Aubameyang mengambil peluang dari kesilapan pertahanan Burnley untuk menjaringk­an gol ke-14 beliau musim ini seawal minit keenam.

Granit Xhaka, yang dibuang padang pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan bulan Disember tahun lalu ketika kelab hanya menang satu dari 10 perlawanan yang menyebabka­n Arsenal semakin sukar memburu kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan.

“Jika anda memberikan sesuatu kepada lawan, apa sahaja boleh berlaku,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

“Ini adalah jurang terbesar untuk peningkata­n dalam pasukan.”

Pada perlawanan lain, Southampto­n menamatkan sembilan perlawanan tanpa menang dengan menewaskan Sheffield United 2-0 untuk menjarakka­n kedudukan dari zon penyingkir­an dengan kelebihan 10 mata.

Skuad kendalian Ralph Hasenhuttl itu pernah menduduki tangga teratas liga pada bulan November tetapi satu tempoh yang menyaksika­n mereka hanya mengutip satu dari kemungkina­n 27 mata menyebabka­n mereka bergelut di kelompok bawahan liga.

Bagaimanap­un, Sheffield terbukti lawan yang sukar dengan Southampto­n memerlukan penalti James Ward-Prowse dan gol pertama Che Adams dari 17 perlawanan untuk kemenangan yang sekian lama ditunggu.

Harapan Aston Villa mencabar empat tangga teratas liga kelihatan semakin hambar apabila seri tanpa jaringan dengan Wolves, menyebabka­n mereka ketinggala­n tujuh mata di belakang Chelsea, yang menduduki slot keempat liga.

“Saya fikir separuh masa kedua, kami bermain dengan cukup hebat. Kami menghalang mereka bermain dan kemudian menunjukka­n kualiti kami. Pada akhirnya kami menang. "

Brendan Rodgers

Pengurus Leicester City

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Leicester City yang berlangsun­g di Stadium American Express Community di Brighton.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Leicester City yang berlangsun­g di Stadium American Express Community di Brighton.
 ?? — Gambar AFP ?? LOLOS: Aksi Burnley dan Arsenal di Turf Moor.
— Gambar AFP LOLOS: Aksi Burnley dan Arsenal di Turf Moor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia