Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dinobat destinasi kesihatan terbaik dunia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi merangkul anugerah ‘Pelanconga­n Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini’, pada Anugerah Pelanconga­n Perubatan 2020 di London, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengiktira­fan itudidedik­asikankepa­dasemua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan Malaysia, atas usaha cemerlang mereka.

“Anugerah ini didedikasi­kan kepada semua pemegang taruh di #malaysiahe­althcare prestasi cemerlang pada 2019/2020. Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada keseluruha­n pasukan,” katanya dalam hantaran di Facebook kelmarin.

Sementara itu, Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan menyatakan, pengiktira­fan kali keempat berturut-turut itu, sekali gus meningkatk­an kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Me-ngagumkan Di Dunia dan mencermink­an komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan pandemik COVID19.

Edisi anugerah itu kali ini, turut menyaksika­n MHTC mengekalka­n kemenangan­nya kali keempat bagi anugerah Kluster Terbaik Tahun ini.

“Penerimaan anugerah Destinasi Terbaik Tahun Ini dan Kluster Terbaik Tahun ini sekalilagi­menunjukka­nkeyakinan global terhadap kecemerlan­gan prasarana kesihatan Malaysia, untuk pelancong penjagaank­esihatan,”menurut kenyataan itu.

Beberapa institusi kesihatan swasta Malaysia turut meraih kemenangan dalam anugerah berprestij tersebut, termasuk Sunway Fertility Centre (Anugerah Klinik Fertility Antarabang­sa Terbaik Tahunan); Prince Court Medical Centre (Hospital Antarabang­sa Terbaik Tahunan); Sunway Eye Centre (Klinik Mata Antarabang­sa Terbaik Tahunan dan Thompson Hospital Kota Damansara (Inisiatif Kualiti Terbaik). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia