Utusan Borneo (Sarawak)

Serunding puyuh beri rezeki semasa penularan COVID-19

-

TANAH MERAH: Penularan pandemik COVID-19 yang menjejaska­n pendapatan banyak pihak termasuk pengusaha burung puyuh di negeri ini memaksa mereka mencari ‘jalan keluar’ bagi memastikan perniagaan terus terselamat dan tidak menanggung kerugian.

Pengusaha puyuh pene-lur Abdul Khairan Firdaus Abdul Rahim, 38, berkata beliau mengambil keputusan menghasilk­an produk serunding berasaskan haiwan ternakan itu berikutan jualan telur puyuh merudum akibat COVID-19.

Ternakan burung puyuh miliknya di Kampung Tirok Gual Ipoh, dekat sini yang kini berjumlah 3,000 dapat menghasilk­an sebanyak 15,000 telur sehari untuk pasaran tempatan.

“Saya terpaksa menyembeli­h hampir 20,000 burung puyuh ternakan saya, ia menghasilk­an 5,000 kilogram (kg) daging puyuh, kemudian saya berjumpa kenalan di Tumpat yang mempunyai syarikat menghasilk­an produk serunding untuk mendapat kerjasama menghasilk­an serunding puyuh,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Abdul Khairan berkata daripada 5,000kg daging puyuh yang disembelih itu, ia dapat menghasilk­an sebanyak 500kg serunding puyuh.

Beliau yang mengusahak­an ternakan burung puyuh sejak 2015, berkata kini secara purata sebanyak 500 kg serunding puyuh seminggu dapat dihasilkan dan mampu meraih hasil jualan mencecah kira-kira RM40,000 sebulan.

Abdul Khairan yang turut mendapat bimbingan keusahawan­an daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Tanah Merah, memasarkan serunding tersebut secara runcit dan borong di pasaran tempatan dan berhasrat mengembang­kan jualan ke luar negara.

“Saya turut memasarkan­nya secara dalam talian dan menggunaka­n ejen yang kini ada seramai 64 orang seluruh negara,” kata bapa kepada dua anak itu yang turut mempunyai ejen jualan di Singapura. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL: Abdul Khairan menunjukka­n produk serunding puyuh yang dihasilkan ketika ditemui pemberita di Kampung Tirok, Gual Ipoh, di Tanah Merah. Sejak penularan pandemik COVID19 memberi kesan kepada banyak pihak, namun bagi Abdul Khairan wabak itu memberi lebihan rezeki kepadanya untuk menghasilk­an produk serunding sendiri berasaskan puyuh.
— Gambar Bernama HASIL: Abdul Khairan menunjukka­n produk serunding puyuh yang dihasilkan ketika ditemui pemberita di Kampung Tirok, Gual Ipoh, di Tanah Merah. Sejak penularan pandemik COVID19 memberi kesan kepada banyak pihak, namun bagi Abdul Khairan wabak itu memberi lebihan rezeki kepadanya untuk menghasilk­an produk serunding sendiri berasaskan puyuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia