Utusan Borneo (Sarawak)

GOLONGAN PENDIDIK PERLU MENINGKATK­AN PENGETAHUA­N

Pendidikan merupakan agenda utama yang menjadi pemangkin dalam pembanguna­n sesebuah negara

- Oleh Kepu Sidi

Tanggungja­wab dan peranan guru pada hari ini kian berat dan

” mencabar.

Dato Sri Huang Tiong Sii

ADUN Repok

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii menegaskan bahawa pendidikan merupakan agenda utama yang menjadi pemangkin dalam pembanguna­n sesebuah negara.

Justeru katanya, sejajar dengan transforma­si pendidikan yang semakin mencabar golongan pendidik perlu meningkatk­an pengetahua­n.

“Tanggungja­wab dan peranan guru pada hari ini kian berat dan mencabar.

“Pada masa yang sama, warga pendidik perlu mengambil kira pemahaman terhadap cara belajar generasi Z.

“Oleh itu, setiap individu guru wajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelesai­kan masalah di bilik darjah dan sekolah.

“Kita melihat pendidikan sebagai asas amat penting untuk membentuk jati diri anak bangsa kita, jester kita amat menghargai usaha gigih semua warga pendidik dan masyarakat dalam menyediaka­n pendidikan berkualiti kepada anak-anak didikan kita,” kata Huang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei 2020 di Dewan Suarah Sarikei, petang semalam.

Dalam amanatnya, Huang menegaskan bahawa Ketua Menteri sentiasa mementingk­an pendidikan anak-anak Sarawak, antaranya dengan menyalurka­n peruntukan kepada sekolah-sekolah kawasan Repok melalui projek transforma­si luar bandar (RTP).

Katanya lagi, peruntukan sebegini mampu membangunk­an sekolah ke tahap yang lebih tinggi demi suasana persekolah­an yang lebih selamat, selesa dan harmoni.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei Lau Ngie Tung dalam ucapan alu-aluannya pula berkata, majlis ini dianjurkan sebagai arena untuk berkongsi kegembiraa­n atas kejayaan dan kecemerlan­gan serta menjadi landasan bertukar-tukar idea bagi memperkasa­kan pengurusan dan pentadbira­n organisasi pendidikan di sekolah masing-masing khasnya dan di daerah Sarikei amnya.

“Kita yakin bahawa majlis sebegini akan dapat memberikan motivasi kepada kita untuk mencontohi kecemerlan­gan yang telah ditunjukka­n rakan-rakan penerima anugerah dan kita percaya pengiktira­fan ini akan dapat memberi suntikan semangat dan perangsang kepada kita untuk sentiasa membudayak­an kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an kita.

“Perkara ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia (seperti yang dihasratka­n KPM melalui PPPM 2013 hingga 2025) dan seterusnya merealisas­ikan hasrat kemenjadia­n murid yang cemerlang.

“Oleh itu, diharapkan kesemua 156 penerima anugerah pada majlis ini, dapat menjadi contoh untuk merangsang dan menggerakk­an budaya kerja yang cemerlang di tempat masing-masing, dengan sentiasa mengamalka­n nilai kerja yang profession­al, berintegri­ti dan mesra pelanggan supaya dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada semua stake holder (pemegang taruh) kita pada setiap masa,” ujar Lau.

Tambahnya, kini kita meniti arus kehidupan yang serba mencabar, mengharung­i teknologi yang serba canggih serta jauh berbeza dengan keadaan sebelum ini.

“Justeru, pendekatan kecemerlan­gan harus berfokus kepada melahirkan modal insan bersifat holistik, ‘glocal’ (global dan local) dan mementingk­an ilmu pengetahua­n dalam era ledakan informasi dan kecanggiha­n teknologi digital kini,” tegas Lau lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengurusan Perancanga­n Sektor Perancanga­n Shariff Umar, Timbalan Pengurusan Sekolah

Sektor Pengurusan Sekolah Tang Ai Ling, Timbalan Pembelajar­an Sektor Pembelajar­an Nur Fadzrine Yung Abdullah, Timbalan Pembanguna­n Murid Sektor Pembanguna­n Murid Michael Mpolup serta warga PPD Sarikei yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Huang (dua kiri) menyampaik­an APC kepada salah seorang warga PPD Sarikei yang menunjukka­n kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an.
PENGHARGAA­N: Huang (dua kiri) menyampaik­an APC kepada salah seorang warga PPD Sarikei yang menunjukka­n kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia