Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB mahu Dennis kekal calon DUN Telang Usan

-

MIRI: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dicalonkan semula mewakili parti itu di kerusi DUN Telang Usan pada Pilihan Raya Negeri Ke12 (PRN12) akan datang.

Ketuanya Gerald Rentap Jabu yang juga ADUN Layar berkata Dennis telah menunjukka­n prestasi cemerlang ketika berkhidmat sebagai wakil rakyat selama dua penggal.

“Keluasan Telang Usan dan jarak perjalanan adalah suatu cabaran besar bagi mana-mana YB namun Dennis gigih melawati kampungkam­pung di kawasan beliau hampir setiap hari termasuk bermalam di pedalaman demi menjayakan program-program di kampung.

“Kita di sini harus bersatu memberi kemenangan kepada Dennis supaya menang dengan majoriti lebih besar dan kita doakan beliau menjadi seorang menteri,” katanya ketika menghadiri program ‘Townhall’ dan Jelajah Pergerakan Pemuda PBB/GPS di Long Naha’a dekat sini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat luar bandar dan pedalaman termasuk belia tidak mudah terpengaru­h dengan janji-janji manis pihak luar khasnya ketika musim pilihan raya sekarang.

Tentang pembanguna­n di Sarawak, Rentap berkata ia adalah proses berterusan terutama aspek pengangkut­an dan logistik.

Sarawak melalui perubahan infrastruk­tur, sosial, ekonomi, pendidikan dan pengangkut­an sudah berlaku dengan pesat.

“Perbezaan dahulu dan sekarang tidak begitu terasa oleh golongan muda kerana mereka lahir zaman sekarang di mana program-program pembanguna­n oleh Kerajaan Sarawak sudah membuahkan hasil kejayaan.

“Perjuangan kita bukan hanya sekarang, ia berterusan untuk anak-anak cucu kita. GPS menjamin pembanguna­n dan perjuangan dinikmati oleh generasi masa depan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, seramai 250 peserta terdiri daripada belia dari Uma Bawang, Daleh Long Pelutan, Long Pilah, Long Nakan, Long Keseh, Long Suling, Long Liam Keliman, Long Bemang dan Long Latie menyertai program itu.

Turut diadakan majlis ‘Townhall’ mengupas topik NCRdisampa­ikanpencer­amah KaunselorW­ejokTomic,Pelan Pembanguna­n Telang Usan (Dennis Ngau), Rancangan dan Polisi-Polisi Kerajaan Belia Sarawak (Rentap dan ADUN Serembu Miro Simuh).

Ketua Kampung Long Naha’a Albert Wan Ding menyampaik­an beberapa permintaan antaranya sebuah jambatan gantung merentasi Sungai Baram, bekalan air bersih dan tandas awam.

Albert juga meminta supaya Dennis dikekalkan sebagai calon PBB pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Long Naha’a adalah sebuah rumah panjang Kayan dengan jumlah 129 pintu dan bilangan penduduk seramai 1,700 orang.

Rombongan konvoi 14 kereta pacuan empat roda turut membawa Exco PBB Negeri dan Exco PBB Telang Usan. Destinasi kedua mereka adalah Long Banyok keesokanny­a.

 ??  ?? PERKUKUH JALINAN: Rentap dan Dennis bersama peserta ‘Townhall’ dan Jelajah Pergerakan Pemuda PBB/GPS di Long Naha’a, Miri.
PERKUKUH JALINAN: Rentap dan Dennis bersama peserta ‘Townhall’ dan Jelajah Pergerakan Pemuda PBB/GPS di Long Naha’a, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia